21 January 2013

Terlalu Lama

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah masih hidup sehingga hari ini.

Semalam kakak naqibah bertanya & semua orang kena bagi tahu :
"Apakah kelemahan diri yang boleh menghalang diri sendiri thabat atas jalan D&T"

Berdebar den nak jawab. Selalu tanya soalan oral kat adek-adek usrah shj, hari ni, kena balik. =)

Jawapan dimulakan oleh ukhti (saudaraku) yang qowiy. Moga Allah, thabatkan ukhtiku dan diri ini juga.
Ukhti bercerita tentang kelemahan dirinya dahulu, dan dia dah overcome kelemahan tersebut dan sekarang, dia merasakan ada kelemahan lain pula dalam dirinya. Moga urusan ukhti dan diriku dimudahkan Allah. amin.

Bila mendengarkan kata-katanya.. aku menjadi sedih dengan diri sendiri kerana kelemahanku.. adalah kelemahan lamaku yang sudah bertapak sejak dulu lagi =(

Adakah diri ini tiada peningkatan?  Nauzubillahi min zalik.

Ampuni aku ya Allah, kalau terlalu lama aku menyimpan kelemahan itu. Aku berharap, aku menjadi seperti ukhti yang berjaya melepasi kelemahan dirinya yang dahulu kerana aku tahu.. itulah kesan makhlukMu yang bernama tarbiyah. tarbiyah itu adalah peningkatan.

A helpless little baby, Allahlah yang Memberikan kekuatan untuknya bertumbuh. 
(Tadabbur Paeds - sekarang tengah rotation paeds)
Moga Allah Memberikan kekuatan buat diri ini jua. Amin.


Ya Rabb, thabbit qulubana 'ala deenik. Aminn.


No comments: