Alhamdulillah hari ini saya diberi kesempatan untuk mendengar tentang bagaimana revelosi Syria berlaku dan apakah kekejaman yang telah dilakukan oleh kerajaan Syria ini.
Yang beri talk pasal revolusi Syria ini ialah Syeikh Hassan Al-Hindawi. Beliau telah di hantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dalam misi menjelaskan apakah yang sebenarnya berlaku di Syria.
Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?
1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media2. So, beliau dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di paper bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
Punca Revolusi.
puncanya bila ada sekumpulan kanak2 dalam 28 orang bermain2 dan telah menulis sesuatu didinding sekolah mereka.apa yang ditulis oleh kanak2 ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.slogan ini telah dilaungkan dinegara2 yg berrevolusi.bila tahu pasal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak2 ini.mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku2 kaki dan tangan mereka.salah seorang kanak2 itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak2 yang lain dilepaskan.kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan ini.perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan.lantas berlakulah revolusi di Syria.
Rakyat Marah.
1) kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum.itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.
Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)
1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.ini serius kejam.
2) 39000 orang telah cedera.mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Bunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka.sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni.beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.tetapi beliau melawan.lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
Berita Baik.
1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. mereka ini telah melindungi orang2 yang turunberdemo. mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan2 arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan tehadap rakyatnya. mereka tidak benarkan pegawai2 Syria untuk memasuki tanah mereka. tapi ada duanegara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama' Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
ini sahaja yang mampu saya beritahu perihal apakah sebenarnya yang berlaku di Syria sana.
(dari Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi) beliau ditugaskan untuk menerangkan peristiwa sebenar tantang Revolusi Syria.
Hati berdebar-debar.. kerana hari ini ialah "the day".. Hari exam neurology.
Jadi, hati yang kurang tenteram ini mahukan sesuatu yang dapat menguatkannya. kekuatan itu hanyalah daripada al-Quran. Nak tahu Allah bagi ayat apa? [quran diselak randomly..]
"Dan ingatlah (hai para muhajirin) ketika kamu masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di muka bumi (Mekah), kamu takut orang-orang (Mekah) akan menculik kamu, maka Allah memberi kamu tempat menetap (Madinah) dan dijadikan-Nya kamu kuat dengan pertolongan-Nya dan diberi-Nya kamu rezeki dari yang baik-baik agar kamu bersyukur."
[al-Anfal, 8 : 25]
Sayangnya Allah kepadaku yang hina ini. Terima kasih Allah. Usai membaca kalimah-kalimah itu.. hati menjadi tenteram, yakin dengan bantuan Allah. Yakin! Yakin!
[Ketika di bilik exam]
sebelum itu, di czech republic, sistem examnya ialah exam oral. yes, kita perlu bercakap di hadapan professor & dia boleh tanya kita apa sahaja
-saya yakin insya Allah, inilah salah satu sebab yang menjadikan hati kami lebih bergantung kepada Allah. Alhamdulillah. ^^-
"i wanna be the last person", bisik hati ini. aku tak mahu menjadi the first one. tak mahu. in any exams, i would rather be the last one to sit in front of the professor sebab selalunya sebelum tunggu my turn, sempat lagi nak belek-belek nota. ^^
"Binti Rusli Rusna?" panggil professor
"Me!", kataku. "Allah, aku first ka?", bisik hatiku
"Gimme your index so that i can check what is necessary before the exam. and tell me the number from 1 to 20 (untuk memilih number soalan.. ala-ala kuiz dalam tv pula kan.. hehe..)", kata professor perempuan tersebut.
aku memilih soalan number 1 : conciousness, tumors of the brain and spinal cord
Alhamdulillah, kemudian professor meamanggil nama kawan-kawanku yang seterusnya. Alhamdulillah, ada can tak jadi orang first (lega sedikit rasa ^^).
"when anyone of you have finished prepare, call me and we'll start okay", kata professor lagi.
professor pun sambung makan epal, oat kerana ketika itu lunch time. hehehe.. patutlah nampak fit walaupun dah berusia.. sihat betul pemakanannya. *,*
"okay", kata kami.. aku menjeling kawan-kawan. sebab di awal pertemuan kami sebelum dipanggil masuk, aku dah bagitahu mereka "saya nak jadi yang last tau! hehehe.." deal!~
ketika prepare soalan, aku bertanya, "i'm sorry. for the tumors of the brain & spinal cord, what is the description of that question?"
"classification, imaging, therapy, paraneoplastic syndrome", sahut professor membacakan descriptions untuk soalan itu.
"Allah, habeslah aku.. paraneoplastic syndrome! aku tak tahu details sangat.. tahu sikit je ni.. Tolong aku ya Allah, tawakkal, tawakkal..", bisik hatiku.. resah juga la sikit-sikit.
my turn came at last..
aku membentangkan jawapan yang aku benar-benar yakin, sebelum sempat masuk ke subtopic paraneoplastic syndrome..
"okay, you can proceed with another question", kata professor.
"ya Allah, ya Allah.. Alhamdulillah. besarnya pertolongan dariMu. Engkaulah yang melontarkan perasaan puas hati professor terhadap jawapanku..", lega sangat rasanya.. aku sempat tersenyum. keyakinan bertambah untuk menjawab soalan seterusnya. pertolongan itu sangat dirasai.. kerana sebelum ini, aku memang nak baca tentang paraneoplastic syndrome, dah siap tulis di atas nota kecil. silalah baca sebelum exam to get the idea, tetapi in the end tak sempat nak baca betul & hadam betul2.
oh, sungguhlah terasa tarbiyah dariMu!. it's not that saya tak berusaha nak baca, tapi saya tak sempat hingga ke saat-saat terakhir. it happened kan sometimes.. T,T (and Rusna, you have to uruskan masa dengan lebih baek!!)
dipendekkan cerita..
Alhamdulillah akhirnya professor menandatangan kertas exam sebagai Lulus^^ Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alahmdulillah! (^^)Y
Jadi, dapat tak apa yang saya nak sampaikan? Yes, TAWAKKAL. Kuatkan tawakkalkan kita.
a a a.. jangan silap faham okay..
TAWAKKAL = Berusaha + Berserah dari awal!
bukan Berserah sahaja taw! itu Tawakkul namanya!
Points to Sebou (czech = take away! ^^)
1. Yakin dengan bantuan Allah walaupun perkara itu nampak impossible
2. Tawakkallah dari awal
meh saya sajikan gambar-gambar yang menggambarkan? neurology so that everybody will get the ideas or big picture of it :)
Ustaz pernah cakap, kalau kita tak tahu sesuatu..berkatalah : tidak tahu
kerana itu adalah tanda warak
eh, warak itu apa pulak yeh?
ustaz kata..warak itu meninggalkan sesuatu yang halal kerana takut terjatuh kepada sesuatu yang haram
sebagai contoh :
tidak memakai perfume kerana takut diri terbiasa hingga terbawa-bawa memakai perfume di kalangan bukan mahram.
hmm.. contoh lain?
tidak mendengar music sebab takut nanti lagha >> oops, saya suka music (yang islamiclah! ^^)
depends lah apa kata hati kita. sebab, hati yang bersih itu mampu memberi fatwa kepada diri kita kan! ^^
sebab itulah kita perlu mendidik seketul daging itu agar dapat memberi fatwa kepada kepada kita, kerana fatwa dari hati yang bersih adalah bersumberkan daripada Allah. biiznillah..
okeh, berbalik kepada warak tadi.
jadi, kalau tidak tahu.. katalah tidak tahu ya? ^^
saya tertarik dengan kata-kata pembuka ustaz don : selepas beliau membaca doa, beliau selalu akan remindkan ulama', guru-guru, tok syeikh di luar sana untuk menegur beliau.
hmmm.. tak pernah jumpa lagilah rancangan tv seperti ini kan. good one ustaz don!
dan warak ini ada gelombangnya (aura). kata-kata seorang ustaz yang saya masih ingat :
"Pantulkanlah Gelombang Kewarakan itu.."
T,T : rasa jelah diri ni masih jaaaaauh dari warak tu.. tapi we have to keep on trying!~
terkesanlah dengan yang ini T,T
p/s : sekarang rasa tv al-hijrah makin best dengan adanya rancangan-rancangan cool seperti ust.don, assalamualaikum, law kana bainana, fattabiuni etc..
haaaaa.. jangan ingat kat czech republic ni tak dapat siaran tv al-hijrah taw! hehehe.. bertuahlah siapa yang mengupload rancangan ini di you tube. berganda-ganda pahala yang dia dapat. ^^ insya Allah.