21 January 2013

Bantal Busuk! =)

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum


 

Post kali ini untuk simpanan sendiri =))

#1
Sempat tadabbur dgn Nayli, anak sepupu surah al-Baqarah pada hari terakhir Ramadhan, pada tahun lepas. Alhamdulillah. Pening juga kepala berfikir macam mana nak sesuaikan level percakapan kita dengan kanak-kanak berusia 8 tahun. 

Hehe.. time tu macam mati akal juga, tetapi in the end Allah ilhamkan untuk kami selang seli membaca maksud terjemahan 1 page al-Quran =) 

Alhamdulillah. Saya bertanya kepada Nayli, "faham ke tak ayat yang dibaca ni?", "Tak faham", kata Nayli sambil menggelengkan kepala. 

*otak saya berfikir dengan lajunya.. ayat mana ye nak dipilih dan bagaimana mana nak sampaikan fkrah islam itu*

Alhamdulillah, tenampak ayat 8 dan 9 dalam page itu..

'Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian" padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. ' Al-Baqarah, 2:8-9


Terfikir pula mcm mana nak bagi example yang mudah on the spot. ^_^


Alhamdulillah, Allah Ilhamkan untuk bercerita tentang Robin Hood. Kisah epik yang selalu digunakan dalam usrah untuk menekankan point niat tak menghalalkan cara =). Robin Hood mencuri barang orang lain untuk memberikannya kepada orang miskin. Perbuatan tersebut nampak baik, tetapi janganlah kita tertipu dgn kebaikan itu kerana yang salah tetap salah =)

Selepas itu saya bersambung lagi.. Kalau kita nak bagi barang kepada orang lain, kenalah barang yang elok-elok, barang yang kita sayang. Bukan barang yang curi seperti Robin Hood. Kemudian saya bertanya, untuk menjadikan sesi tersebut lebih interactivelah katakan. Hehe =) 

"Hmm.. kalau Nayli, Nayli paling sayang benda apa?"

"Nayli sayang bantal busuk Nayli la", jawab Nayli spontan. Ini memang jawapan ikhlas! =)

Nayli, why so cute?!! ^__________^
Hahahah =))

Kids! Masya Allah, mereka adalah penyejuk hati yang sangat istimewa =) What i did learn is : Madu yang berumur 8 tahun memang tak sama dengan yang dah universiti which is group of madu yang selalu kita bergelumang. Hehe.. 

Yup, dakwah itu seni. Seni membina manusia yang terdiri dari pelbagai peringkat umur, pendidikan, pekerjaan, bangsa, fahaman politik.. and the list goes on and on and on! kerana islam itu untuk semua =) 

Ya Rabb, thabbit qulubana 'ala deenik. 



1 comment:

Anonymous said...

wah ^^, comelll naili. tak pernah lagi tgk naili, sll tgk sara yg comel :) hehe. moga langkah dakwah akak lebih hebat :) amin..
-rumaysa'