14 December 2012

Mujahadah si mimic muscles

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Allah akan mentarbiyah kita dengan perkara yang kita tak lepas lagi.
Yelah, agar kita boleh meningkat dari akhlak yang tak soleh kepada yang soleh, dari akhlak yang dah soleh kepada yang super soleh =)
Baiknya Allah.

dan..
Tarbiyah itu memerlukan mujahadah.
Untuk tidak menarik muka ketika berasa "annoyed" juga adalah mujahadah.

Smile! 
3 y.o. Maisarah. sekarang dah besar sikit. hehe

Tidak semua manusia dikurniakan muka yang sedia ada manis. uhuk, faham ke?
Kan ada sesetengah orang, kalau dia tak senyum pun, muka dia dah manis, nampak positif sahaja. Alhamdulillah. Bersyukurlah jika kamu adalah di antara insan yang sebegitu.

Saya pula..
Kalau saya tak senyum, mesti manusia lain takut melihat muka saya. hehe (hyperbolakah?)
Kalau saya sedang berfikir, tak faham ke, tak setuju ke, muka mesti berkerut-kerut.

Haritu semasa sembang-sembang dengan kakak naqibah. Dia tengah bercerita dengan penuh semangat dan lembutnya (saya admire kelembutannya.. huhu.. ya Allah, nak juga jadi lembut begitu.. amin..)
Dan saya yang  mendengar sedang berfikir dan menghadam ceritanya, tiba-tiba dia berkata :

"Awak okay ke Rusna", katanya
"Nape akak?", saya bertanya (dalam hati rasa pelik.. kenapa tiba-tiba.. hehe)
"Muka awak kerut-kerut", balasnya
"Eh, yeke? Oke aje", jawab saya. Huhu.. =,=

Jadi, untuk orang yang seperti saya, senyum adalah mujahadah.

Dan Allah selalu menghantarkan orang-orang ke sisi kita untuk menguji tahap mujahadah mimic muscle kita. hehe.. Nak tahu tak macam mana tahap mujahadah si mimic musles ni?

-senyumlah bila jalan-jalan kat jalan (walaupun tengah fikir benda serious)
-relaxkan mimic muscles bila rasa annoyed! susah memang susah. tetapi kena mulakan dengan istighfar, then, semuanya akan mudah, kemudian senyum ^_______^

Ada satu malam ni, saya tengah prepare untuk exam. Kerut-kerut juga muka sebab tengah berfikir, hadam point2 dalam subjek tersebut. Tiba-tiba Allah ilhamkan saya untuk SENYUM ^__^
Saya tengok tepi dan senyum sungguh-sungguh sorang-sorang. Subhanallah, selepas itu saya rasa relax, relax sangat. Muscle-muscle kat muka relax, fikiran pun relax.
Itulah kelebihan senyum. Subhanallah!

Tambah-tambah, apabila kita mengatakan kita adalah orang yang memegang panji dakwah, akhlak adalah papan tanda / billboard besar pertama yang dilihat oleh orang lain kerana akhlaklah elemen pertama yang terzahir apabila kita bergaul.

Dan..
Akhlak ini sumbernya iman. Jagalah amal-amal kita, kerana inilah yang menyumbang kepada iman. Rasailah setiap amal yang dilakukan. Rasailah.. kerana hati yang suci dan sensitif sahaja yang akan terkesan dengan amal yang dilakukan..

begitu banyak mimic muscles kat muka.
banyaklah pahala jika kita gerakkan mereka semua untuk senyum!

Insya Allah setiap usaha kita untuk mengubah diri akan dikira. setiap ATP (tenaga) yang dikeluarkan oleh mitochondria untuk menggerakkan mimic muscles kita untuk senyum akan dikira oleh Allah.

Bukankah Allah telah Berfirman :

"Maka barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar ZARRAH, nescaya dia akan melihat balasannya"
Al-Zalzalah : 99:7


No comments: