07 May 2012

Turning Point

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Kami berkongsi tentang perkenalan kami bersama makhluk Allah yang bernama tarbiyah. =)
Ini adalah antara sesi yang aku paling suka dalam daurah =)
Dan soalan ini jugalah yang aku akan tanyakan kepada kakak-kakak yang aku jumpa =) Hehehe..
[bersedialah dengan soalanku ini ye kakak-kakak sekalian =)]
Aku suka nak dengar cara Allah menarik kembali kita kepadaNya. Subhanallah.

Kali ini, aku berjumpa 2 orang akhawat yang sama "turning point" mereka.
Mereka tersentuh ketika mendengar pengisian yang bertajuk Hakikat Ibadah.
Sebuah pengisian yang mengetuk hatiku jua, aku amat tersentuh bila ayat ini diucapkan sepanjang daurah :

Kita bagi remote control kehidupan kita kepada Allah. Kita rela Allah control hidup kita.


Aku yakin, sangat yakin.. Jika turning point kita adalah kerana Allah, kaki kita akan teguh hingga ke akhirnya kerana Yang Kekal itulah (Allah!) motivasi kita selamanya !!

Tetapi, jika turning point kita adalah yang tidak kekal (selain Allah - manusia, harta, pangkat, DUNIA!), tunggulah suatu masa ketika kita dah penat, down, lembik.. kita akan menyerah kalah kepada jalan ini! Kerana jalan ini tabiatnya : susah, panjang

Jadi, masih belum terlambat untuk mengubah sumber Motivasi kita itu.

Jadikanlah Allah sebagai motivasimu hingga ke akhirnya.


Rabbana Taqabbal minna..

No comments: