30 April 2012

Allah.. Jagalah aku

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt



kadang-kadang berwuduk dengan air sejuk best juga kan =)



Pagi itu sungguh sejuk. Winter. Air panas tiada. Kakak-kakak menggerakkan kami yang sedang tidur dengan nyenyaknya di dalam sleeping bag masing-masing. Sentuh sahaja air yang suhunya membeku itu, terus terbeliak biji mata. Terkejut sebentar. Bagus juga tarbiyah (didikan) air sejuk ni. :) Terus segar. :)

Kami solat berjemaah bersama-sama. Suasana di luar masih gelap. Yelah.. winter kan. Malamnya lebih panjang daripada siang. :) Selepas solat subuh, kami mendengar tazkirah daripada ukhtie kesayanganku =). Tazkirah itu dari buku : Bahtera Penyelamat. Antara buku yang banyak men"dush2" (tumbuk) aku. Hehehe.. Ternyata penulisnya - Syeikh Fathi Yakan menulisnya daripada hatinya yang bersih. Sebab itulah sampai ke hatiku yang _____  (isilah sendiri.. huhu..).

Aku tak ingat tajuk apa yang disampaikan. Tetapi yang aku ingat ialah perasaanku ketika itu - perasaanku ketika ukhtieku itu tiba-tiba menangis, mengalirkan air matanya, tersedu-sedu. sangat vividlah perasaan itu.

Aku masih ingat kata-katanya.. (mungkin tak tepatlah seperti wartawan yang meng"quote" kembali kata-kata seorang menteri =) )

Katanya :

"Dah lama dah Allah bagi nikmat kepada kita. Allah pelihara kita dari pelbagai jahiliyah. Ana sendiri tak pernah berada dalam jahiliyyah yang jelas-jelas tu.. [nanges] Allah jaga ana.. dari kecik ana sekolah agama, sekolah menengah pun agama, bila dah besar, Allah bagi ana jumpa tarbiyah terus, kemudian dakwah. Hidup ana sangat-sanga terjaga. [nanges lagi..]. kadang-kadang kita terlupa dengan semua nikmat yang Allah bagi.. sebab kita dah biasa sangat, takde perasaan. T,T"

Ternyata kata-katanya sangat menusuk ke hatiku. betul.. sangat betul. kita ni sangat jarang nak bersyukur atas semua nikmat yang Allah bagi. tahu tak yang nikmat iman, islam, dakwah, tarbiyah adalah nikmat yang sangat-sangat besar??? Dah la tak bersyukur.. pastu keep on rebelling, buat dosa banyak-banyak pulak tu.. Huhu..

Have u ever wondered?

Kerana jalan inilah yang menhalakan & menyampaikan kita ke syurgaNya.
Hanya diberikan kepada orang-orang yang terpilih..

Maka bersyukurlah kamu.. Tunjukkan kesyukuranmu dengan ketaatan kepadaNya.
Allah.. Jagalah aku


No comments: