08 September 2010

hari ini umur kita disempurnakan lagi.. alhamdulillah :)

bismillahirrahmanirrahim~ 
assalamualaikum wrt wbt

mentadabburi ayat al-quran bersama adek rasa best :) dapat membetulkan bacaan masing2 dan juga dapat sama2 melihat dan memahami ayat-ayat yg diturunkan oleh Allah. alhamdulillah..

beberapa malam lalu, kami membaca beberapa ayat dari surah al-anam.. personally, amat2 terkesan dgn ayat 60 yg berbunyi : 

"...Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan"

setiap hari, kita bangunkan kembali dgn izinNYA. adakah dgn bertambahnya umur, amal soleh, taubat kita juga meningkat? jika meningkat, alhamdulillah. jika tidak.. huhu.. apalah gunanya umur kita dipanjang oleh Allah jika dosa > pahala. 

pernah di suatu majlis, seorang akhawat berkata pada permulaan ucapannya, (lebih kurang).. 
tidak semestinya org yg berdiri di hadapan ini hebat, umurnya jauh lebih tua daripada yg mendengar. tidak semestinya dia lebih mulia. mungkin dosanya juga lebih byk berbanding yg mendengar krn umurnya sudah byk..
subhanallah.. saya benar2 terkesan dgn kata-katanya..

usia kita adalah rahsia Allah. sebab itulah setiap kali mahu melelapkan mata setiap malam, saya berasa amat takut. adakah saya akan mati esok. jk saya tidak bangun lagi pada esok hari, bgaimanakah nasib ruh saya di alam kubur nanti? takut.. amat takut.. setiap kali terjaga dari tidur, saya seolah-olah terkejut dan terharu dgn Allah krn Allah still memberikan masa untuk bertaubat. jadi ucapkanlah, 




bg semua yang masih dibangunkan Allah pada hari ini termasuk diriku, Allah telah menyempurnakan umurku dan anda pada hari ini. penuhkan hari dgn amal soleh dan taubat. "0"kan hari ini dgn dosa okay.
wpun ramadhan bakal berakhir sekejap sj lagi, masih sempat tau. jgn putus harapan wpun b4 ni da mcm2 dosa dan  benda2 lagha kita da buat. tidak pernah ada konsep terlambat untuk amal soleh :) sgt suka ayat bawah ni :) az-zumar, 39:53

Katakanlah: “Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

till then, take care! moga berasa kebersamaan dan pengawasan Allah sokmo.. insya Allah.. amin :)


4 comments:

imaaaanj said...

comellllllllll

slmt hari raya rusna!
maaf zahir batin :)

taqabbalallahu minna wa minkum

rusnarusli said...

iman! rindu awak! rasa kejap sgt3 jumpe awak ritu tau~
awak take care tau!
semoga Allah bg yg teeerbaek untuk awak!
haii.. tibe2 rase nak nanges da..
huhu T,T

slamat hari raya iman!
miss u~

Rumaisa' said...

lamenye tak tadabur dengan kakak usrah sorang ni..=)

jzkk for the post..

rusnarusli said...

sab dearie!
rindu jugak nak tadabbur dgn semue :)
raya nanti jemputla dtg umah :)
semoga dilindungi Allah selalu my dear sis!
luv u fillah~
take care :)