06 September 2010

tarbiyah hati & flite



bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

jika menaiki kenderaan, saya suka berada di tepi tingkap :) rasa best dapat melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. begitu juga bila menaiki kapal terbang. saya suka berada di tepi tingkap. pemandangan bumi dari atas kapal terbang amat2 menginsafkan dan dapat merendahkan hati seorang hamba. hati yang selama ini berasa amat tinggi kerana dia menganggap dirinya hebat. hebat dgn kejayaan yang dicapainya selama ini. kerana dia merasakan punca kejayaan itu adalah dari dirinya sendiri. nauzubillah.. mohon perlindungan kpd Allah drpd perasaan yg sebegitu. huhu..

berbalik kpd cerita kapal terbang. ketika kapal terbang mula berlepas. semua penumpang akan duduk tegak di seat masing2 kan. hatinya pasti berdoa agar Allah memelihara perjalanannya nanti. ketika inilah saya suka menjenguk ke luar tingkap untuk melihat pemandangan di luar sana. rumah, kereta, bangunan, menara.. kelihatan makin mengecil dan kecil dan kecil. akhirnya.. hanya petak2 ladang dan sawah yg kelihatan nun jauh di bawah sana. manusia? apatah lagi manusia.. satu pun tidak kelihatan! mcm mana nak nampak.. manusia itu lebih lebih kecil daripada bangunan. mestila tidak akan nampak sama sekali. oh, betapa kecilnya kita! betapa tidak ada apa2nya kita.

tetapi, kitalah yang dipilih dan diangkat oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. huhuhu.. sayu rasanya. mengapakah hati ini merasa besar, padahal dirinya tiada apa2. sampai ada yang mahu mengaku dirinya Tuhan spt sang firaun di bumi mesir sana.

ya Allah, aku ni sebenarnya kerdil sahaja. tidak ada apa2 berbanding ciptaan2MU yang lain. tetapi, Engkau menciptakan aku dengan begitu baik sekali. dengan begitu teliti dan mengkagumkan. aku sepatutnya tunduk dan patuh kpd semua perintahMU seperti makhluk2MU yang lain. huhu..

semoga hati ini lebih taat kpd Tuhannya, lebih ringan melakukan ibadah.
kehidupan kita sehari2 adalah tarbiyah drpd Allah. betulkan kaca mata kita. make sure kita semua memakai kaca mata islam dalam melihat semua benda.. insya Allah.. may Allah b wif us!

T.T

2 comments:

Anonymous said...

slm..ukhti :) smkn kecik terasa..slm rindu dr bumi permai hk~~

rusnarusli said...

salam ukhtiku syg! rindu la..
huhu.. mmg kecik je kite..
awak take care tau..
sentiasa mendoakan awak! jgn risau..
buat yg teerbaik!