19 May 2010

masya Allah sister!

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

malam semakin larut. kebanyakan mata sudah mengantuk sehingga ada yang tertidur tanpa duvet. kesian.. yang masih belum mengantuk, rancak menyelesaikan tugasan masing-masing. iradah qowiyah! tidak sanggup melihat sisters sendiri kesejukan kerana malam semakin mendingin, sleeping bag dikeluarkan untuk menggantikan duvet. lalu diselimutkan sisters dengan sleeping bag yang tidak setebal duvet.

"jazakillah" katanya yang sedang tidur itu.

"masya Allah", hatiku berbisik. hebatnya akhlak. tengah-tengah tidur pun sempat mengucapkan kesyukuran yang teringgi! ya. jazakillahu khairan katheera adalah tanda terima kasih yang tertinggi. bagi saya, nilainya lebih tinggi daripada "terima kasih".

bersyukur itu adalah akhlaknya! masya Allah! sangat kagum. betul. :)

akhlak. akhlak ialah sesuatu yang sudah sebati dengan diri kita. itulah akhlak dari sudut pandangan imam hassan al-banna. sesuatu perbuatan yang sudah sebati dengan diri kita sehinggakan kita tidak perlu berfikir tentangnya. akhlak merupakan tindakan refleks kita. sesuatu tindakan refleks itu, signalnya tidak akan sampai ke otak dahulu kan! tidak perlu berfikir dulu.. itulah akhlak.



reflex..

sebagai contoh, jika kita nampak sister kita jatuh longkang. opppss! apa yang kita akan buat dulu?
gelak? atau pergi tolong? hmm.. kalaulah tindakan reflex kita adalah tidak menolongnya, maksudnya menolong orang lain belum menjadi akhlak kita. so sad!

tapi tidak pernah terlewat untuk berubah kan! akhlak itu boleh dididik dan boleh dibentuk. jika akhlak itu adalah benda yang "inborn", masakan sahabat-sahabat nabi yang dahulunya mengamalkan perkara jahiliyyah (membunuh anak, minum arak, judi, sembah berhala, berkorban untuk berhala, berzina dan sebagainya), dapat ditarbiyah (dididik) oleh baginda lalu menjadi figure-figure yang hebat lantas disenaraikan sebagai orang-orang yang dijanjikan syurga! haa.. masih belum terlambatkan..kita maish punya harapan. cuma antara nak ataupun tak sahaja kan. iradah qowiyah! (kemahuan yang kuat) bisa menjadikan kita apa sahaja. tepuk dada tanya iman. umur kita sudah pun menjangkau 20-an. sudah pun 1/3 daripada average umur manusia zaman sekarang. jadi apa tunggu lagi. tepuk dada tanya iman. bagaimana akhlak kita? seperti yang Allah nak ataupun sebaliknya? (seiously nasihat untuk mengetuk diri sendiri dahulu *.*)



matinul khuluq (akhlak yang mantap) yok!

7 comments:

sab said...

herm, akhlaq bukan perlu dibuat buat, ia terzahir secara spontan :)

jzkk kak for the reminder

rusnarusli said...

salam sab :)

btul, spontan, reflex.. xperlu berfikir 2 kali.. nak buat ke x, nak buat ke x..

tp kespontanan ni bole dibentuk insya Allah :)

nur rakhawah said...

jazakillah rusna~ :)

rusnarusli said...

wsalam maisarah!
waiyyaki

menderu bersama arus dakwah~!!

Zahrah said...
This comment has been removed by the author.
-Shafawati- said...

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.
(An-Nisa',4:36)

rusnarusli said...

salam, shafa :)
dalam satu ayat je, tp byk btul akhlak yg baek2 islam anjurkan~

^_^