21 May 2010

belum tibakah waktu?

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

dalam pertemuan yang lepas kami pergi berpicnic! alhamdulillah~ dah lama nak pergi sebenarnya, in the end dapat juga berpicnic di karlovo namesti (charle's square) di hadapan bangunan apartment rumah kami. keadaan di situ sangat hijau. rasa dekat dengan alam! rasa dekat dengan makhluk Allah yang lain, yang sentiasa tunduk dan patuh berzikir kepada Allah. walaupun keadaan petang itu sangat bising (dengan funfair yang tiba-tiba wujud di seberang jalan sana ^^, tram lagi, kereta dsbnya lagi ), tetapi sedar tidak sedar, sebenarnya bumi Allah ini digemai dengan temasya zikir oleh makhluk-makhluknya. makhluk-makhluk yang sentiasa tunduk kepada Allah seperti tumbuh-tumbuhan, tanah, udara, awan dan organ-organ badan kita.


makhluk Allah yang satu ni sgt cantek~ subhanallah!

adakah ruh kita pun turut berzikir kepadanya? sesungguhnya, jasad yang dipinjamkan kepada kita ini adalah islam. even jasad orang-orang bukan islam sekalipun. semuanya adalah islam. jasad-jasad yang dilihat bergerak turun naik tram, melangkah masuk ke albert, membeli botol arak, jasad-jasad yang sujud rukuk mengerjakan solat kerana Allah adalah islam semuanya. eh, mengapa begitu? mengapa jasad orang bukan islam pun dikatakan islam? pelik-pelik..

ye la. islam itu apa? islam itu tunduk dan patuh kepada Allah. tunduk dan patuh kepada syariat atau peraturan Allah. sunnatullah. bukankah jasad kita yang terdiri daripada organelles, cells, tissue, organs dan systems semuanya mempunyai mechanism cara kerja masing-masing? 

namun, pasti ada yang akan berkata.. "tapiiii, macam mana pula dengan cancer? dia dah melanggar hukum normal.. dia tidak patuh kepada Allah!"

haa.. biar en.cancer yang jawab! hatta, encik cancer pun mempunyai mechanismnya sendiri. bukankah begitu encik cancer? [en cancer : betul tu! saya mengikut sunnatullah!! bila berlaku sebarang mutation di p53 gene for example, barulah saya akan wujud!] jazakallahu khair en. cancer! nampaknya, apa-apa pun yang berlaku di atas bumi ini, di atas langit, di dalam tanah, di angkasa raya mahupun di mana-mana jua semuanya bergerak mengikut sunnatullah! semua pun islam. bestnya! banyaknya geng kita kan!

tetapi.. tetapi..
awas! walaupun jasad-jasad kita semuanya islam, namun, tidak semua ruh di dalam badan manusia itu islam. ruh inilah yang perlu dididik dan dibentuk untuk menjadi islam. ruh inilah yang akan ditanya apa amalnya, apa ikutannya ketika di dunia. bawalah ruhmu mendekati Allah, itulah tempatnya yang haq. jangan dizaliminya dengan benda-benda jahiliyyah (perkara-perkara yang bukan islam), kerana dia akan sakit dan merana. kelak, apabila di hadapan Tuhanmu, ruhmu itu mempunyai pelbagai cacat cela kerana di dunia dahulu dia tidak dijaga dan disuburi dengan iman.

samalah seperti segelas cawan plastik. gunanya untuk meminum air. tetapi, jika digunakan untuk merebus air di atas dapur, pasti cawan itu mencair dan menjadi cacat!

jadi, tunaikanlah tujuan hidup kita. beribadah kepada Allah, 51:56 dan sebagai khalifah Allah di muka bumi, 2:30. dalam setiap perlakuan kita, bertanyalah kepada diri dahulu. adakah perlakuan aku ini mencerminkan seorang hamba dan khaliifah kepada Allah? jika tidak.. maka tinggalkankanlah. jika ya.. ahlan wasahlan!



belum tibakah masa untuk kita tunduk kepada Allah?


Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka),

dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras.

Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

surah al-hadid, 57:16

mengajak diri sendiri dan kamu semua agar tunduk dan patuh kepada syariatullah~

No comments: