12 May 2010

kak, mana komik adek?

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

"kak, nanti nanti belikan komik yea", pesan adek. waktu tu aku dah terkejar-kejar nak keluar rumah

"kak, mana komik adek?"
"ala adek, kak tak beli la komik tu. sory tau", aku berkata dengan nada memujuk. takut-takut adek kecil hati.
"hmm.. adek, kak nak tanya sikit okay? hmm.. kenapa adek nak baca komik? best ke?"
"adek tension la study kak. bila dah petang-petang, adek nak la release tension sikit. tu la sbb nak baca komik. tengok-tengok kak tak beli pulak. kalau adek tension jangan marah adek tau", balas adek. nadanya sedikit kecewa.

adek,
in the first place, kenapa adek hendak membaca komik? betulkah adek benar-benar nak lepaskan tekanan  belajar dengan membaca komik? betulkah tekanan itu pergi? adek, pelbagai cara manusia lakukan di atas muka bumi ini kononnya untuk melepaskan tekanan perasaan. menjerit, menghentak kaki, marah orang lain, baling batu jauh-jauh ke dalam air, kauseling dan lain-lain lagi. mereka beralasan mereka dapat mententeramkan jiwa mereka yang sedang kusut. tapi, adakah jiwa mereka benar-benar pulih selepas itu?

adek,
jiwa manusia tidak akan tenteram jika tidak dikembalikan kepada Allah. kerana Allah lah yang memegang hati-hati kita. kembalikan hati-hati kita kepadaNYA. banyak sangat serangan pemikiran yang diarahkan kepada kita. mereka (orang-orang yang tidak senang melihat kita dekat kepada Allah) mencipta dan mempropagandakan pelbagai cara menenangkan perasaan kepada kita agar kita lupa siapa kita. mereka mencipta pelbagai hiburan agar kita lagha daripada mengingatiNYA.

adek,
kita sebenarnya hanyalah hamba yang sentiasa memerlukan Allah. oleh itu adekku, jika adek hendak meminta dihilangkan tekanan perasaan akibat belajar, mintalah kepadaNYA. dekatilah DIA adekku, sesungguhnya, DIA lebih dekat daripada urat lehermu.

adek,
Allah berfirman dalam surah ke 13, ar-Ra'd ayat 28, yang berbunyi : (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.

ketenangan itu hanya dengan mengingati Allah~

4 comments:

SupeR HoLky-HOOD said...

bismillah

huhu...iAllah kakak! (^-*)
mg hati2 kt tidak condong kpd perkara2 yg blh melalaikn kt dr mengingatiNYA iAllah~

syg fillah,
bo2 musab

rusnarusli said...

wsalam Bo2 musab! hihi~
rindu awak! [saya cakap dulu! hihi]
doa same2

Hamimmi said...

assalamualaikum wbt..kak, salin kulit?saya nak jugak kak. weeeeeeeeeee....

rusnarusli said...

wsalam wrt wbt~
waahh.. mimmi nyer berbunga-bunga. bila tanam dek? cepat sungguh ^_^
bittaufiq wannajah exam rini..