28 March 2010

mendaki gunung.. susahkah?

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

mendekati islam itu susahnya seperti mendaki gunung. susahkan nak daki gunung? saya sendiri pun tidak pernah mendaki gunung. tapi analogi ini sangat menarik. mari kita tgok..

orang yang mendaki gunung bukanlah calang-calang orang. bagi saya, mereka adalah insan yang sangat determine dgn apa yang dicita-citakan. kerana kerja mendaki gunung memerlukan persedian yang amat rapi sebelum, semasa dan selepas mendaki gunung. segala persediaan ini amatlah memerlukan pengorbanan yang besar. apa taknya, untuk mendaki gunung everest, kita memerlulah menyediakan pakaian, peralatan, gadjet2 yg sesuai dan stamina yang tinggi. dulu-dulu saya selalu wonder kenapa orang yang hendak panjat gunung perlu ada training berlari dsbnya. mereka bukannya menyertai acara lumba lari pun. tp kini baru tahu yang semua pengorbanan itu dilakukan demi persediaan ketika mendaki gunung nanti.

ketika mendaki gunung everest pula, banyak halangan yang terpaksa ditempuh. salji, kesejukan, frost bite, hidung berdarah, tekanan mental dsbnya. susahnya nak panjat gunug everest ni kan!

tp bila kita dah sampai di puncak gunung itu. subhanallah.. sebuah perasaan yang tidak dapat digambarkan. semua penat lelah selama bertahun-tahun lamanya hilang begitu sahaja. hanya perasaan puas, gembira dan lega sahaja yang dapat dirasakan. betul kan? jika kita bertanya kepada seseorang yang berjaya mendaki gunung everest, pastinya beliau tidak dapat menggambarkan perasaanya yang sangat best itu! melainkan orang yang bertanya itu sendiri perlu menaiki gunung itu sendiri dan samoai ke puncaknya.. contohnya :

adek : kak, cane rase garam tu?
kak : garam rasenya masin, dek
adek : masin tu camne kak?
kak : masin tu masin la.. alaa.. camne nak terang ni.. masin tu.. masin la dek!
adek : akakk.. terangkanlah.. masin tu camne?
kak : adek, adek kenelah rasa garam tu sendiri.. baru tahu apa rasanya..

begitu jugalah dengan islam. semakin kita determine untuk mencari islam, makin banyak halangan yang terpaksa ditempuh dan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. saya dapat rasakan ini. saya yakin ada di antara kita juga berkongsi perasaan yang sama dengan saya. halangan itu selalunya datang daripada diri kita sendiri. halangan dari hati yang dalam itu. ada sahaja perasaan halus di dalam hati sana yang sering membuatkan diri rebel untuk berubah. sbg contoh :

adek : kak, mehla tgok cerita korea ni.. best!
kak : cerita korea?
adek : kak, banyak pengajaran yg kita boleh amek kak... etc.. etc..

kadang kala kita cuba menutup perbuatan kita dengan alasan-alasan yang menyedapkan hati kita supaya akhirnya kita akan berasa kurang bersalah dengan perbuatan kita, padahal hati yang dalam sana masih ada secuit, dua cuit atau bercuit-cuit rasa bersalah. seperti sensor kepada perbuatan kita. sebuah sensor yang dapat membezakan yang haq (kebenaran) dan yang batil (kejahatan). hebatkan hati kita.

sesungguhya, Allah tidaklah menurunkan kita ke muka bumi ini dengan begitu sahaja. Allah telah pun menyediakan gadjet-gadjet untuk kita. apakah gadjet yang hebat itu? hihi.. tentulah hati, akal, jasad kita! itulah 3 komponen utama seorang manusia kan? gadjet seperti hati membolehkan manusia faham akan perbuatannya. faham untuk membezakan perbuatan yang baik dan buruk. tetapi sebelum faham sesuatu perkara itu, kita perlulah tahu dengan menggunakan akal kita. oleh itu, akal untuk tahu, hati untuk faham. next.. apa fungsi jasad? tentulah jasad digunakan untuk beribadat dan menjadi khalifah di muka bumi Allah swt. nah, hebatkan Allah! ketiga-tiga komponen manusia inilah yang perlu digunakan dengan sebaiknya oleh orang yang beriman kerana iman itu sendiri bermaksud... percaya dan yakin dengan hati, mengaku dengan lisan dan melakukan dengan perbuatan.

berbalik kpd analogi mendaki gunung semula.. untuk jatuh daripada gunung, sangat sedikit effort yang diperlukan. hanya pergi ke tebing curam dan terjun! hoh! sangat menakutkan. begitulah dengan islam. sangat senang untuk kita menjauhkan diri daripadanya, tidak memerlukan effort pun. cuma butakan hatimu daripada hidayah Allah.

banyaknya cabaran untuk mengenali islam yang sebenarnya tetapi senangnya untuk meninggalkan islam. mungkin sebab itulah orang yang bersungguh-sungguh (berjihad, jihad maksudnya bersungguh-sungguh) dalam mencari agamaNYA akan dikurniakan jannahNYA. tetapi awas bagi sesiapa yang membutakan hati daripada hidayahNYA.. adakah tempatmu di syurga juga? di mana tempatmu kelak? ayuh sama-sama bermuhasabah dir agar kita semua tidak tergolong dalam golongan yang sebegini.

sampai bilakah kita nak berdegil dengan Allah.. sampai bila? sampai bila?

lembutkanlah hatimu, ambillah wuduk, dekatkanlah dirimu kepadanya
sesungguhnya, ketenangan itu hanya ada pada Allah

bersungguh-sungguhlah dalam mencari keredhaan Allah, nescaya kamu akan menjumpainya..

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami.
Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
29:69



2 comments:

iman said...

jzkk rusnaaaaa :))

suke bace! rindu kat rusnaaaaaa!!!

rusnarusli said...

salam imannnnnnnn...
ya Allah... rindunyaaaaaaaaa...
imannn.. huhuhuhu..
awak take care baek2 tau..
moga berjumpe one day!
aminnn...