29 March 2010

spring time!

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

berjalan merentasi karlovo namesti (charle's square) amat membuka mataku. hari ini..
rumput sudah pun hijau, bunga mula berputik di hujung dahan. daun muda dan kecil mula tumbuh di ranting-ranting.

dulu.. ketika musim sejuk dan masih bersalji.. semua putih.. pokok semuanya tidak berdaun..tp semuanya berubah kini..

rasa mcam nak menangis saja.
aku mmg lemah, kerdil, hanyalah seorang hamba kpd Yang Maha Agung..
Hebatnya Engkau ya Allah..
ya Allah.. Engkau sememangnya Maha Membentuk Rupa.. al-Musawwir..
semoga hatiku sentiasa dekat dgnMU

semoga nikmat melihat pertukaran musim ini memberi kesan hati dan imanku. rugilah kiranya diriku tidak melihat ini dgn kaca mata islam kerana tak semua insan dapat menikmati nikmat ini.


Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (Firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran. 7:130


No comments: