01 March 2010

ibrah sebuah musim sejuk

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

musim sejuk hampir berakhir, ais sudah hilang dari pandangan, jalan yg hampir dua bulan memutih kembali menjadi hitam. makhluk-makhluk Allah yang belum Islam mula memakai skirt pendek. aku sungguh tidak suka kedaan mereka. berubah mengikut musim. mungkin kerana mereka belum islam.

sayang.. musim bunga yang cantik disambut dgn pakaian yang tidak cantik di sisiNYA

ketika musim sejuk, tubuh ditutup sehabis baik agar tidak disentuh dek kesejukan salju. ada yang seperti menutup aurat dengan sempurna. mungkin sebab itu aku suka musim sejuk. semua makhluk Allah di bumi czech menutup aurat masing-masing. pandangan mata pun terjaga. alhamdulillah.

mengapa mereka menutup aurat ketika musim sejuk ttp membukanya semula bila musim panas tiba? kerana sejuk itu dapat dirasa, sejuk itu amat menyakitkan jika tidak menutup badan dengan sempurna dan sejuk itu bisa mengundang penyakit jika badan tidak dibalut dengan pakaian.

mereka sangka mereka gembira.. berfesyen mengikut musim


apabila memikirkan tentang ini, seperti ada perkaitan dengan perintah Allah ttg penutupan aurat. ramai yang tahu tentang penutupan aurat ttp masih ada yang belum faham ttgnya. tahu dan faham adalah dua perkara yang sgt berbeza. moga Allah memberi kefahaman kepada diri ini dan mereka.. amin. balasan untuk mereka yang tidak mengikut perintah Allah adalah neraka. kepercayaan tentang perkara ghaib (seperti pahala, dosa, syurga dan neraka) memerlukan iman yang amiq (mendalam). kerana perkara ini tidak boleh dilihat oleh sang mata mahupun dirasai oleh sang kulit. tetapi hanya hati yang dikurniakan kefahaman dan keimanan sahaja yg akan merasai kehebatan syurga dan azab neraka. jika kepanasan neraka itu dapat dirasai sekarang, sudah tentu kita semua akan tunduk dan patuh akan perintahnya. pasti kita tidak akan membiarkan tubuh kita dibakar oleh api yang marak menjulang di neraka, pasti kita akan menutup aurat kita sesempurna mungkin.  

adillah Allah menilai dari hati kita. kerana dalam hati itulah letaknya iman. iman yang diterjemahkan melalui amal lillahi taala. 

sesungguhnya, iman seorang rijal sejati tidak mengikut musim. dia menutup aurat di kala musim sejuk mahupun musim panas. dia tunduk kepada penciptanya di kala susah ataupun senang.

ya Allah, jadikanlah kami antara hamba-hamba-Mu yang sentiasa ingin mengubah keadaan diri kpd yang lebih baik. kurniakan kami kekuatan wahai Yang Maha Kuat! sesungguhnya kepada-Mulah tempat kembali kami.. amin..


peringatan buat diri ini terutamanya dan kamu jua~





1 comment:

Anonymous said...

'sebuah musim sejuk'

anda menggunakan penjodoh bilangan yang salah.