25 February 2010

malas!

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

rasa malas yang melampau menyelubungi diri. ya Allah, malas betul nak ambil highlighter dan start membaca. mungkin sebab dah lama tidak duduk kat meja dan study betul2. ye lah minggu ni merupakan minggu pertama kelas bagi semester musim panas. ais dah mula mencair. tanah menjadi lecak dan sungai2 kecil terbentuk di jalan2. cairnya rasa. aku sepatutnya pekat! bersungguh-sungguh. bukannya cair, malas! kalah dengan nafsu dan syaitan. aku bukan macam tu!

dalam keadaan sebegini, al-Quran merupakan ubat yang paling best! selak saja al-Quran pasti ada sahaja nasihat, petunjuk yang dihadiahkan daripada-Nya. sebab itulah al-Quran itu as-syifa', penawar. mengubat hati yang sedang malas. nak tahu apa ayat apa yang mententeramkan hati ni di kala keserabutan kemalasan yang amat?

"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu.. "
28 : 77

sangat tersentak dengan ayat ini. gebebushhh! kena muka sebijik! (mcm banyak bijik ja!)
ya Allah, aku sebenarnya tidak bersyukur dgn masa lapang yang Engkau berikan
banyak anugerah yang Engkau dah berikan dan aku sepatutnya bersyukur dan mencari pahala dengan anugerah tersebut...
astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah

rasa teruk yang amat!

2 comments:

Nur Hamimmi said...

tak de idea nak komen...hmm...

inshaAllah nanti ade idea, kami komen.

RAJIN!!!

rumaisa' said...

gedebukkk!! kena jugak kat saya..