23 January 2010

mujahidah :)



bismillahirrahmanirrahim~

assalamualaikum wrt wbt :)

pada waktu itu, usrah hampir tamat. setiap orang diminta untuk memberikan pendapatnya masing-masing. alhamdulillah semua memberikan respons yang bagus. ^_^ akhirnya, tibalah masa orang yang terakhir membuat konklusi apa yang dia dapat daripada usrah hari ini.

"kita perlulah mencontohi sahabat nabi yang mengambil berat pasal sahabat-sahabanya.."

air mata mengalir.. hidungnya mulai bewarna merah..

"alaa.. dah x leh cakap dah" katanya sambil mengesat air mata, bibirnya masih menguntumkan senyuman..

semua mata bertumpu kepadanya
"kenape ni?!", tanya lain
"eh kenape?!" semua ahli usrah terkejut.. apakah yang telah menyentuh hati mujahidah ini?
"nah nah makan coklat ni.. dapat menenagkan" ada pula yang cuba membuat lawak, mungkin untuk meredakan ketegangan yang baru berputik.

"kite rasa kite tak tolong korang ape-ape pun... " air mata mengalir.. tissue dihulur tanda concern..
dia menyambung lagi, "kite pass semua test.. tp kite nak tolong (kawan yang belum lepas test).. kite nak tolong.. tapi kite x tahu mcm mane.."

"awak dah tolong dah" tambah yang lain

"kite takut la.. kite lepas banyak test.. banyak test yang kita lepas.. kite selalu doa kat Allah.. ya Allah berikanlah aku yang terbaik.. dan jika yang terbaik itu bukan yang aku mahukan, redhakanlah hati aku untuk menerimanya.. ya Allah sesungguhnya ujian kesenangan itu sgt susah drpd ujian kesusahan.. aku rela diuji dgn ujian kesusahan"


wahai mujahidah, suci betul hatimu
air mata yang engkau titiskan kerana takut akan kesenangan dunia yg merupakan ujian drpd Yang Esa adalah curahan air yang akan memadamkan api neraka kelak,
doa yang engkau titipkan.. amat menyentuh hatiku.. doa seorang hamba yg tahu bahawa Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita semua

benar, ujian ada dua : ujian kesenangan dan ujian kesusahan
ramai yang dapat melepasi ujian kesusahan.. kerana apa? kerana itulah sifat manusia.. tatkala sedih, bimbang, serabut, takut.. barulah kembali kepangkuan Allah yang penuh kasih sayang
tp apabila diberikan ujian kesenangan, lupa, leka, lalai, meracau-racau seperti orang yang tiada berTuhan
ya! mereka seolah-olah orang yang sedang meracau-racau, tidak sedar akan perbuatan mereka yang tidak senonoh [melanggar hukum Allah tanpa sedar]
mereka yg percaya esok mereka akan hidup seperti biasa, padahal kita patut rasa bergantung dgn Allah ttg masa depan, umur kita.. bila-bila masa kita akan dipanggil ke pangkuan-Nya sama ada kita telah bersedia atau belum!

beruntunglah kamu wahai mujahidah!
hati kamu tersentuh dgn Nabi Muhammad s.a.w itu
kerana tak ramai yang merasa Nabi Muhammad s.a.w itu patut dijadikan contoh tauladan yang terbaik
buktinya? tgoklah pada diri sendiri.. berapa dalam cinta kita kpd Rasulullah? adakah kita telah berusaha mengamalkan sunnahnya? [nasihat untuk diriku dahulu!]

uhibbukum fillah!
alhamdulillah~

2 comments:

ar rumaisa' said...

:) jazakillah kak rusna :) jazakumullah semua kawan2..semoga kita terus istiqamah

rusnarusli said...

salam ar rumaisa' :)
waiyyaki!
jazakumullah semua!
ya semoga kita terus istiqamah..
ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala tho'atik wa 'ala fi sabilik
ameennn~~