16 December 2009

my "culture"

bismillahirrahmanirrahim~

salam..

petang tadi selepas kelas pathology saya pulang ke rumah seperti biasa. dan seperti biasa juga saya menunggu lif untuk naik ke tingkat 4. sekejap lepas tu, ada seorang pak cik yang juga jiran saya. gayanya baru balik dari tempat kerja. seperti biasa, saya cakap "dobry den!" hehe.. mmg x dak perkataan lain dah kalau kat czech ni selain dobry den, nashledano, prosim, dekuju.. hehe.. sampaikan ade sorang mak cik ni cakap kpd seorang sahabat saya ""dobry den cely den" [good day the whole day].^_^

sambung balik.. pak cik ni naiklah lif dgn saya. pastu dia tgok kat bag saya ada badge. pada awalnya saya perasan yang dia tengah memerhatikan bagde saya. tapi saya buat x tahu sahaja. dalam hati saya, "tengokla pak cik.. tu mmg tujuan saya letakkan badge tu^_^"

lepas itu, saya tengok pak cik tu. pastu saya alihkan pandangan kepada badge saya yang tertulis "Muslimah Identity".. saya baru mula nak cakap, pastu pak cik tu cakap dulu.. dia seolah2 sedang cuba untuk membaca apa yang tertulis.
"muslimah..."
saya sambung, "muslimah identity.. hehe"
"you must be proud of that" pak cik tu cakap..
dalam hati saya berbunga2 la,, hehe, "alhamdulillah, tujuan aku tercapai! mmg aku pakai badge tu sbb aku rasa izzah dgn islam.. alhamdulillah"
"your culture!" pak cik tu menambah lagi
"my religion, my belief.. hehe" saya menjawab sambil melihat pak cik tu
dah sampai tingkat 4 dah
"yea.. your culture.." pak cik tu mempertahankan jawapannya..
sambil tersenyum.. saya pun kate, "yes.." tp dalam hati saya cakap, "culture tu bukan mcm budaya ke? hehe.. x pela pak cik.. asalkan pak cik tahu yang saya bangga atau izzah dengan "culture" saya tu.. hehe"

saya berasa sangat gembira.. waktu saya keluar dari lif tu, saya cakap, "thank you (for noticing my badge) hehe.. bye!" yg dalam kurungan tu saya x cakap la! hehe...

------------------------

adek usrah saya, maira pernah cakap, dia pun ada pakai badge yang tulis "one God, one faith, one ummah, one qiblah" then, ada classmate dia baca dan tanya apa erti one qiblah and one ummah.. then, maira oun mengexplained kepada classmate dia. hehe..

ni adalah salah satu cara kita berdakwah kpd masyarakat di sini. yang masih asing dengan islam kerana islam kembali dagang. saya yakin ketika zaman abassiyah dahulu, mesti semuaaaaa orang dalam dunia ni tahu perkataan ummah, qiblah, khalifah dan sebagainya kerana islam berada di puncak ketika itu. samala sebagaimana kita mengenali perkataan2 seperti white house, american dreams, disneyland dan sebagainya. tapi kini.. islam itu dagang buat kali kedua.. buat la dakwah di mana2 sahaja.. dalam apa2 cara sekalipun.. ni untuk diri sendiri terlebih-lebih dahulu then baru org lain..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
12 :108

No comments: