16 December 2009

dagang kali kedua

bismillahirrahmanirrahim~

ketika membaca ghurbah ath-thani (dagang kali kedua), kata2 ini menyentuh hati saya..

“Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan dan memasukkan da’wah di hati sahabat-sahabatnya Generasi Awal ialah menyeru mereka supaya beriman dan beramal. Kemudian dihimpun hati mereka dengan penuh kasih sayang dan persaudaraan, mereka berhimpun di atas kekuatan aqidah dan kekuatan kesatuan, maka jadilah mereka jamaah contoh yang semestinya terjulang kalimah dan da’wahnya, memperolehi kemenangan walaupun ahli-ahli bumi seluruhnya tidak menyetujui dan menentang mereka.”
Hassan al-Banna

islam datang dalam keadaan yang dagang (asing)
islam tidak lagi menjadi asing di tangan nabi dan para sahabat sehinggalah zaman kejatuhan turki uthmaniyah
kini, islam kembali menjadi dagang buat kali kedua.. di tangan siapakah islam akan kembali mengungguli dunia dengan sinarnya, jika bukan di tangan kita wahai sahabat?

Allah telah berjanji bahawa islam akan menang pada akhirnya. janji Allah adalah pasti. maka, adakah kita akan menjadi tangan2 yang membantu dalam kebangkitan tersebut atau hanya menjadi tangan yang bertepuk sorak melihat kebangkitan islam nanti?

"islam telah bermula dagang dan ia akan kembali dagang,
maka berbahagialah mereka bersama islam di waktu ia dagang"
HR Muslim

No comments: