08 December 2008

10 zulhijjah 1929

bismillahirrahmanirrahim~

Salam,
SELAMAT HARI RAYA HAJI
MAAF ZAHIR BATIN



Allahu akbar! Allahu akbar ! walillahilhamd!

Alhamdulillah…Alhamdulillah…alhamdulillah~

Hari ni merupakan hari pertama saya solat raya dgn proper. Alhamdulillah. Tahun lepas, solat sunat aidilfiri n solat sunat aidiladha hanya didirikan di fakulti. Solat sunat aidilfitri yg lepas saya tidak berpeluang mengikutinya sbb hal2 berkaitan visa yg menyebabkan sekelompok pelajar di Czech terpaksa berada di alien police department pada malam raya sehinggalah pukul 7 malam 1 syawal. X pe. Bukan kami kena tahan oleh pihak polis. Tidak sama sekali. Urusan visa di sini agak rumit yg memerlukan anda beratur dari malam hinggalah ke pagi esoknya. Tp x mengapa. Setiap perkara ada hikmahnya~ hehe

Almaklumlah saya ni x pernah bersolat raya beramai2 mcm hari ni. Setibanya saya di dewan yg bernama SOKOL, subhanallah, ramainya org islam di Czech republic ni. Dewan SOKOL tempat org bersukan, luasnya lebih kurang sebuah gelanggang bola keranjang bersaiz international + gelangang bola tampar. Besar kan. Jemaah muslimin hampir memenuhkan 3/5 daripada dewan itu. Muslimah pula mengambil tempat di belakang dewan. Mmg saya x pernah menyangka sebanyak ni org islam. Dalam hati “ooo.. org2 monggolia ni islam rupenya, slalu je jumpa kat Istanbul kebab (salah sebuah restoran halal di sini)” mmg ramai. Timbul rasa kekuatan dalam diri. Yelah mana tidaknya. Berjumpa saudara sendiri. Mestilah hati rasa seronok. Waahh.. bestnya islam ni. Ada ruh yg mengikat kita semua walaupun belum tahu namanya siapa, samakah bahasa kita dgnnya n the list goes on. Rasa izzah sbg seorang muslim mmg tidak boleh digambarkan dgn kata2. Hanya hati yg tahu. Bagaimana rasanya. Berbunga rasa~ Alhamdulillah.
“aku perlu balik awal ni, nanti pukul 2.15 ada test biochem pulak” “jom syifa balik”

Tatkala kaki melangkah masuk ke dalam tram bernombor 11 yg akan memacu kami ke stesen IP Pavlova, saya tatap org2 di sekeliling saya. Kasihan mereka. Ya, kesian mereka. Mereka belum islam. Kesian mereka tidak menutup aurat. Bila mengenangkan sisters yg baru saya jumpa tadi. Ya Allah.. sweetnye diorang bila pakai tudung. Mmg cantik sgt suasana itu. Saya suka. Sgt suka.
Berbalik kpd org2 czech td, waahh besarnya tanggungjawab kami, muslim yg berada di Czech ni. Memuslimkan semua org di Czech. Ya Allah, rasa berat dakwah ni. Bukan mudah untuk memastikan setiap org di sini pernah mendengar ttg islam dan pernah didakwah ttg islam. Waaahh.. rasa x tertanggung. Ya Allah, bukalah pintu hati mereka untuk memilih
islam sbg din.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selepas test biochem (kali ni ada 4 soalan yg hmmm.. no comment.. alhamdulillah~ but whatever it is, test was over n doa byk2… ya Allah mudahkanlah urusanku dan sahabat2ku~amin~)
Hari ni kan hari raya, oleh itu, baju kurung telah menjadi satu kewajipan (walaupun cuaca agak sejuk, semangat raya menghangatkan suasana.. ceewahh). Cikgu Czech, mrs milada nampaknya seakan-akan berminat dgn baju kurung yg kami pakai. Mcm2 dia tanya, “is it one pieces or two?” “u made it urself?” (haha.. of course not!), “u have any celebrations?” “yes2… it is like christmas” ”u celebrate Christmas?” “no, just like christmas (main celebration) but in our religion” (hehe.. ) x habis2 cgu tunjuk2 kat baju2 kurung kami. Mungkin warnanya yg pelbagai menarik perhatian cgu. Almaklumlah org2 europe ni tidak kira lelaki atau perempuan masing2 cenderung untuk memakai baju yang berwarna plain sahaja. (kalau pergi msia mahu terkejut dgn baju kita yg berwarna-warni lg berbunga-bunga lg berenda-renda dan beropol-ropol.. adakh ini keterlaluan.. hehe). ada juga sahabt yg memakai jubah. Cgu tgok mcm lain sikit daripada baju kami. Cgu pergi ke arahnya “one piece, arabsky (adjective untuk arab dalam bahasa czech)” jwbnya.. mcm2..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Byk jugak mrs milada tanya kami pasal celebration pada hari ni. Pastu masuk bab makan2 pulak sbb malam semalam, ada jamuan raya cum majlis perpisahan dgn dato salman (duta besar msia di Czech. Dato insya Allah akan ditukarkan ke Canberra oz. so, ni mcm farewell jamuan untuk dao jugak la). Cgu tanya lagi “u have tropical fruits there?” “yes2.. watermelon” zainab jawab. “watermelon… watermelon” yg lain mula menambah bila nampak cgu mcm x paham. “melonu” jawab anis. “haa.. melonu” yg lain menambah.. hehe.. mcm ni la bahasa Czech sgt menarik. Benarlah. Bahasa yg pelbagai itu adalah salah satu tanda kebesaran Allah~

“we bought pomelo yesterday. First time in ourlives. Because it was cheap, 14 czech crown. We want to keep them a night before christmas” ya Allah~ hati saya tersentak. 14 czech crown.. lebih kurang RM2.50. Ya Allah~ Alhamdulillah… selama ini, Engkau jadikan semuanya cukup bagiku. Ya Allah~ Alhamdulillah peringatan yg secepat ini insya Allah membawa aku kembali bersyukur dgn segala nikmat-Mu. Susahnya kehidupan mereka ya Allah. Untuk merasa buah limau bali pun tidak mampu. X pernah merasa buah tropika tersebut seumur hidup. Mungkin perasaannya seperti org msia yg hendak merasa buah strawberi tapi tidak mampu untuk membelinya. Alhamdulillah~ kecukupan yang diberikan Allah kepadaku selama ini. Thank u Allah~
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Last but not least,
Ya Allah mudahkanlah urusan para jemaah haji di tanah suci sana~ semoga dikurniakan haji yg mabrur ~
Semoga satu hari nanti aku berpeluang menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah untuk menuanikan haji.. amin..~ teringin rasa hati~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampaknya post kali ni agak panjang. X pernah rasanya saya menulis sepanjang ni. Sajala rasa nak share dgn antunna suma~ semoga mendapat manfaat insya Allah. take care !

4 comments:

hadzhamdan said...

wah rusna...walaupun entry nih panjang tapi best la..bestnye raya!!rasa cam nak datang sana plak..huhu~

rusnarusli said...

salam, hadz.. dtg r sini.. hadz x pernah sampai lg kan... hehe... lamanya x jumpa hadz... miss u~ take care ye :)

Anonymous said...

mmg pjg btul nih..hehe
tp best la,at least ada bhn bacaan tmbahan utk isi ms 'lapang'..hoho

rusnarusli said...

salam, aqilah.. ooooo.. perli la tu ye :) hehe