23 October 2008

maaf babicka

salam,
maaf nenek
tatkala turun dari trem
langkah rileks diatur
teman berkata, cepat!
aku pun lari

x kusedar nenek bertongkat 2
berdiri di hadapanku
mungkin dia penat berdiri di atas trem
lalu mengambil keputusan
untuk merehatkan tubuh sebentar

aku yang sedang berlari anak
dush! tersepak tongkatnya
satu daripada dua
alhamdulillah dia punya 2 tongkat
dia x jatuh

namun
tongkatnya yg lg satu
dush! sampai di kakiku
petanda dia marah
mulutnya berkata sesuatu
petanda dia marah
aku yg sedang berlari anak
huhu... sempat memandang
mungkin sesaat
sbb kenderaan2 lain
memaksaku menjaga keselamatan dahulu
maaf babicka
aku x paham sgt bahasamu itu
tp aku tahu nenek marah
maafkan aku




*babicka is nenek in czech language

4 comments:

Syamira Zaki said...

hmm....tidak tahu patutkah ak besimpati terhadapmu, atau patutkah ak gelak... =)) sajak ni berunsur lawakkah atau alam maya membatasi nada baca...kui3...bersastera pule daku~ ;P

rusnarusli said...

salam syam2.. huhu mengenangkan kisah ini membuatkan station albertov begitu berharga buatku... pelbagai suka duka trem pernah dialami.. ngeee

imaaaanj said...

comel~~~ ^-^

rusnarusli said...

salam, iman.. comel? kte ke? hehe.. joking