05 November 2016

Ujian

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Apabila kita rasa sudah lama tidak diuji.. hmm..
Apa sebenarnya definisi ujian bagi kita ?
Mungkin kita sudah terlupa yang ujian itu ADA di kala SENANG, maupun susah

Ketika dalam senang, kita rasa bahagia, selesa, banyaknya masa, bole berehat.. kita tak rasa diuji. Kita rasa life at it's best! Ouh, teruknya.

Bukankah dalam halaqah, ketika membaca Quran kita sering diingatkan bahawa hidup ini adalah ujian.. Saat SENANG ataupun susah adalah ujian.
Mungkin aku telah gagal dgn ujian kesenangan. Sedih. Sedih. Sedih.

Apabila diberikan kesusahan, cepatnya melatah, beremosi bagaikan itulah ujian yg sgt berat di dunia ini. Malu. Malu dgn diri sendiri. Allah..

Mari besarkan hati, Lihat mereka yg diuji lagi hebat, lihat mereka yg kurang drpd kita. Bykkan sujud
Dari sana rasa syukur, lapang dada, insya Allah ketenangan akan datang



1 comment:

Fatin said...

Good advise & reminder to all. Hidup ni adalah ujian x kira masa senang atau susah :)