12 November 2013

Syahid !

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

One word to describe myself is lapang. Lapang yang takut. Fullstopp!

Apa khabar ye ikhwah, akhawat di Mesir, Syria, Palestine?

Murah sangat ke darah mereka? Murah sangat ke nyawa mereka?

Emm.. mungkinlah murah di mata As-Sisi, di mata Assad, di mata Raja2 Arab Saudi!!, tapi sebenarnya mahal di sisi Allah, kerana taraf perjuangan mereka yang suci dan ikhlas hanya kerana Allah.. Allah terus jemput mereka dalam keadaan syahid untuk diberikan rezeki di sisinya. Mereka tidak perlu pun hidup lama-lama atas bumi ini.. Asma' El-Betagi.. 17 tahun je.. Form 5 lah kan kalau kat Malaysia yang aman ni. Muda sangat tu. huhu.. Kata-katanya.. fuuhhh menunjukkan jelasnya fikrah syahidah muda ini. Hidup yang singkat, tapi sangat bermakna buat orang lain bermaksud hidupnya berkat. Nama yang dipuji-puji selepas kematiannya menjadi petanda yang si mati meninggal dunia dalam husnul khotimah. Oh, jelesnyaa.

Ketahuilah yang mereka ini tak mati, tak pernah mati, malah tak akan mati pun! Mereka hidup di sisi Allah, Allah rezekikan mereka. Allahu Allah.. Aku jua mahukan syahid, aku jua mahu menjadi syuhada'

Kerana aku tahu syahid adalah manifestasi SH yang paling tinggi. Mahalnya perngorbanan itu melebihi pengorbanan keringat, penat, tenaga, duit yang telah kita berikan di jalan dakwah ini. Ya, itulah kesaksian yang paling tinggi, kesaksian kita ke atas kalimah La ilaha illa Allah, Muhammadur Rasul Allah. Sebab itulah, digelar "Syuhada" yang bermaksud Yang menyaksikan.. Yang telah betul-betul bersaksi, meyakini, beraksi atas 2 kalimah besar ini!! Masya Allah.

Kata kakak naqibahku  yang disayangi, manusia semua takutkan mati. Ya kan? Allah Yang Maha Mengetahui isi hati kita telah menyediakan mati yang terbaik untuk kita iaitu syahid agar kita semua menuju kepadanya..menjadi seorang syuhada'. Ya, inilah keadaan mati yang mulia! Inilah yang dimaksudkan dengan Al Mautu fi sabilillahi asma amanina. Yang bermaksud mati di jalan Allah adalah cita tertinggi kami!

p/s : Rindu nak dengar taujihnya lagi, but now i think it's time for me to feed myself using my very own hand aka TZ. Jangan nak tunggu orang suap je. huhu..

Btw, suka lagu ni..



Datang.. Datanglah wahai syahid

No comments: