12 November 2013

Makcik

Bismillahirrahmanirrahim~ 
Assalamualaikum wrt wbt

Makcik kata, "Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk kita (daie). Kesian kat anak. Allah Bagi dia sebagai amanah, tempat kita buat pahala, tapi kita pula jadikan dia sebagai alasan. Kesian kat dia".. suara makcik semakin bergetar, matanya sudah bertakung air. Bebola mata kami melihat anak berusia 1 tahun lebih yang sedang bermain di tengah-tengah bulatan kami. Kepala kami tertunduk. Suasana diam menandakan kami semua mengiakan kata-kata makcik yang sangat menyentuh hati itu. Kerana sebelum itu, ada antara kami yang tidak membawa buku, dengan alasan anak kecil main tak tahu letak di mana. 

Makcik mudah mengalirkan air mata. Itulah tanda hatinya yang bersih, lembut. Senang untuk ditembusi cahaya (nur). Apabila makcik bercerita tentang kasih sayang Saidina Abu Bakar kepada Nabi, terasa sebaknya. =,= walhal cerita itu pernah kudengar berpuluh-puluh kali banyaknya. Menjadikan diri ini bermuhasabah sejauh mana kasih kita, pengorbanan kita terhadap Nabi, walhal kitalah yang mencanang di sana sini bahawa kami mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. 

Maka betullah, apa yang datang dari hati yang bersih akan sampai jua ke hati. Ketahuilah bahawa hati yang bersih dapat dinuture dan dibentuk melalui tarbiyah. 

Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.” (QS. Az Zumar: 53)

ya Rabb, thabbit qulubana 'ala deenik.
Thabbat. Thabbat.

*btw, makcik is my naqibah. =)


No comments: