15 June 2013

Rabbani

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Menjadi Rabbani
Aah, dah banyak kali sangat kan kita mendengar perkataan ni. Baik dalam usrah, daurah, qodoya, talk mp3 etc.. you name it kan.

Hmm.. tapi saya nak cakap juga. huhu.

Menjadi Rabbani adalah teras kekuatan kita. You may say, it sounds so cliche la kak! Okay, I know. I tetap nak teruskan tulis. hueh.

Menjadi Rabbani bukan pada luaran (sahaja), yang lebih penting adalah pada rasa. Entahlah bagi saya, rasa adalah benda pokok.

Iman bermula dengan rasa
Taqwa bermula dengan rasa
Ihsan bermula dengan rasa

Mungkin sebab itu secara peribadi saya percaya untuk mengubah seseorang, ubahlah rasanya! perasaannya kepada Allah, Islam dan ummat ini..

Teringat pesanan Ustazah Arpah.. dakwah dan tarbiyah ini adalah rasa. kena merasa dulu, baru tahu.

Ermm.. Saya yakin semua orang pernah sampai di state yang kita sangat merasa Allah bersama kita, Allah tengah Melihat kita, kita nak buat semuanya untuk Allah, kita nak menggembirakan hanya Allah, kita nak Allah bagi perhatian kat kita. Manjanya kita dengan Allah kerana rasa Allah itu sangat dekat dengan kita.

Sepertinya apabila kita rapat dengan seseorang, kita ada kecenderungan untuk menjadi manja, nakkan perhatian, selalu nak dia mendengar bebelan kita yang kadang-kadang tiada isi pun. Okay, stop it. Saya perasan yang saya tengah merefer kepada Mak saya rupanya. Hurmm, sakit rumah telah melanda..hmm.. Oh well, adakah kita hanya boleh berenggang dengan family hanya dalam tempoh ~10 bulan? Lepas itu kita akan homesick? Abaikan. hueh.

Haa, berbalik kepada Rabbani. Satu perkataan yang sangat simple, hanya 1 perkataan, tapi kalau dapat jadi.. memang tip top. Boleh jalan atas air. Hehe, over la tu.

Tapi itu la, manusia kan. Iman yazid wa yankus. Iman itu turun dan naik.

At times, kita rasa sangat dekatnya dengan Allah. Bila berdiri untuk solat, rasa tak mampu nak berdiri tegak sangat sebab rasa Allah kat depan tengah Tengok kita solat untuk Dia.. rasa nak sujud terus. =,= Rasa tak layak pun nak berdiri depan Allah... Allahu Allah.. Bila bersujud dan membaca "Subhana Rabbiyal 'ala wabihamdih", oh.. rasa Allah sangat tinggi.. tak sanggup nak angkat muka untuk meneruskan solat..

At times juga, manusia yang sama itu akan rasa okay je nak makan ais krim sambil jalan. Alah, nanti ais krim cair. Dia rasa okay je buang masa sedikit sebanyak. Ermm.. Sedih sedih..

Itulah, ke arah menjadi manusia rabbani itu tak mudah sangat!, sungguhlah amat tak mudah, tetapi bukanlah tak mungkin kan.

Allah Tahu usaha kita, Allah Tahu kita dah usaha ke tak, Allah Tahu kita dah niat untuk nak usaha jadi Rabbani ke tak.. without us or any other angels have to send Him somekind of reporting or something. Kerana Dia adalah Tuhanmu. He Knows really and He really Knows us. Kerana bukankah Dia Telah Berfirman..

".. dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"  
[Qaf, 50:16]

I think this is simply cute. Allahlah Murabbi yang Hebat. 

Jumla manja dengan Allah. Tenang taw =)


No comments: