14 June 2013

'Athifah

Bismillahirrahmanirrahim~ 
Assalamualaikum wrt wbt

Rasa hati =) 'Athifah.

Sebuah topik kecil yang dikupas dalam buku MR, dihuraikan oleh ustaz dengan sangat menusuk. 
Menangis kami mendengarnya. 
Oh, sangat vivid perasaan itu, keadaan itu.. Dakwatuna yang dikupas dengan penuh ruhiy. Terasa sangat Allah bersama-sama dakwah ini. Aku buat semua ini untuk Allah. Dakwah ini adalah kerana Allah! 

semuanya Allah.. Allah.. Allah!

Ya, dakwah ini memerlukan rasa untuk kita menghayati kerjanya, menjalankannya dengan sepenuh hati.
Kalau hati pun rasa kering dengan dakwah, tidak basah.. macam mana kita nak betul-betul rasa dakwah ialah satu keperluan untuk menyelamatkan diri kita dan ummah ini dari jahiliyyah dari an-Nar!

'Atifah adalah suatu perasaan kasih sayang yang kita perlu ada terhadap ummat ini. 'Atifah susah nak didefinisikan.. Jadi analogi yang sangat sesuai untuknya ada 2 :

Seperti kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.. Masya Allah!
Ibu akan buat apa sahaja untuk anaknya, walau anaknya siapa pun, perangai apa pun, ada masalah macam mana pun, ayah marah ke.. ibu akan tetap di belakang anaknya, semuanya sebab kasih akan anaknya.
Adeh, teringat Mak kat rumah la pula. 

Mak akan layan je saya everytime without fail. Sebab tu suka call rumah, ada orang nak dengar saya cakap ^^!! (Kadang-kadang nak sembang je, bukan nak mengadu apa-apa pun. hueh.) Kalau saya call Mak tengah tidur, tengah bawa kereta ke, tak dengar phone ke.. dia akan mesej suruh telefon balik. Mak selalu akan entertain saya. Mak selalu doakan saya. Mak adalah support sistem saya. (can't describe more, nanti hujan =,=) Nobody, nobody can replace my mak.  Ya Allah, Please Grant Mak syurga. Amin ya Rabbal 'Alamin.. 

Semua orang pasti dapat merasakan betapa kasih seorang yang bernama ibu kepada kita kan.. Semua orang akan rasa Mak dia adalah ibu yang terbaik di dunia kan. Aaah, rindunya rindunya.. Jadi seperti itulah perasaan kita terhadap ummat ini. Sayaaang yang amat! Kaaasih yang amat!  

Yang kedua ialah seperti kasih sayang seorang kekasih lelaki kepada perempuan
Errr, tak reti pula nak hurai pasal ini. 

Tapi the basic point ialah kasih yang membuatkan kita berkorban apa sahaja. Hidup kita akan sangat terkesan dengannya. Kalau dia sakit, kita resah. Kalau dia berjaya kita happy. Same goes to this ummah. Ketika Syria dizalimi! Apa perasaan kita? Aaah.. rasa dendam sangat dengan Basyar Asad, Zionist!, Hizbullah err.. salah term ye, Hizbussyaitan bak kata Syeikh Yusuf Qaradhawi !! sampai hati mereka. 

Ketika masyarakat Rohingya dihalau, dibakar rumahnya! dan mereka perlu ditempatkan di Kuil Buddha.. apa rasa hati kita?? Apa rasa hati kita.. apa rasa hati kita.. Allahu Allah..  Bila baca Qunut Nazilah tu, geramm sangat rasa.. huh.. =(  Moga Allah Memberi petunjuk untuk mereka kembali kepadaNya dan menthabatkan kita di atas deen ini. Amin..

Ermm.. begitulah rasa hati setiap mukmin perlu ada terhadap ummat ini. Barulah kita akan dapat memaknai kata kerja dakwah itu. 

Inilah rasa hatiku untukmu, wahai ummatku. Menggetarkan bila ayat terakhir dalam para 'Athifah ini ialah.. "kami (daie) tidak akan sekali-kali mengkhianati kamu (ummat)"

Teringat ayat yang tergantung besar di Masjid Istiqlal Indonesia suatu ketika dahulu, harapnya masih ada hingga sekarang..

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. [at-Taubah,9: 128]




ya Allah, kurniakanlah kami 'Athifah untuk terus membantu ummat ini.. amin. 
ya Rabb, thabbit qulubana 'ala deenik

No comments: