13 May 2013

Haccum! Dia bersin.. Bersalahnya rasa.

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt


Kami tengah duduk-duduk menunggu di ruang menunggu. Hurmm.. 2 jam juga la menunggu.
Lapar. Jadi kami pun makanlah kebab yang dah sejuk tapi masih sedap =) sambil bercakap-cakap dalam bahasa yang tak difahami oleh orang sekeliling ie Bahasa Melayu! hehe =)
Makan coklat, minum air. =) Dah lapar..

 Ketika itu kami berdua sahaja Muslimah di situ. Sedang rancak makan & berbual, tiba-tiba ada seorang lelaki berusia dalam 30-an berwajah Cina - mata sepet, rambut lurus, berkulit asia - datang menghampiri kami dan mengambil tempat selang 2 seat dariku. Aku kira sangat dekatlah dia berada dengan kami, padahal sangat banyak seat lain yang kosong. Aku terus rasa tak puas hati, lalu berkata, "Ihh, macam tade tempat lain je". Lepas cakap macam tu rasa menyesal. huhu.. Buruknya akhlak.

Tiba-tiba..

"Haccum! " Dia bersin. "Alhamdulillah", Dia berkata selepas dia bersin.

Haaa.. mataku menjadi bulat, lalu aku pejamkan mata.. =,=
Dia Islam.. huhu =,=
ya Allah, betapa bersalahnya rasa diri ini. Pastu dah tak berani nak palingkan muka kepadanya. Itukan saudara seislamku. Huhu..
Dalam hati aku berkata, "Yarhamkallah".. huhuhu..

"Kami rasa bersalah la kata macam tu tadi.. Uuuu", kataku kepada sahabatku di sebelah.
"Mungkin dia rasa selamat kut duduk dengan kita", balas sahabatku yang aku kasihi.

=(

Rasa sangat bersalah dengan orang itu. Rasa sedih dgn akhlak sendiri

Jadi..

Jgn suuzon (bersangka buruk) ye kawan-kawan

Btw, just a quick note : Janganlah duduk dekat dengan perempuan okay. Yang perempuan pun sama, jangan duduk dekat dengan lelaki. Kadang-kadang kita ni selalu double standard lelaki Muslim & mat salleh. Padahal, hukumnya sama sahaja kan. A note to myself oso.

Toodles!

No comments: