23 April 2013

Telur Rebus Si Barang Amanah

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Apa khabar semua? Hopefully semua dalam al-imanu amiq (iman yang mendalam). Amin =)

Vivid betullah peristiwa telur rebus si barang amanah.



Kami semua diberi tugasan untuk membawa sebiji telur rebus. Di atas hadaf menjaga sir & hazar, naqibah memberitahu kami personally & tak dibenarkan memberitahu kepada orang lain. Jadi, bermacam-macam taktiklah yang digunakan oleh akhawatku ini. Akhawat oh akhawat! =) Memang kelakar apabila semua orang menceritakan kisah telur rebus si barang amanah ini. =)

Ada yang sampai memasak nasi lemak dengan hadaf untuk merebus telur. Huhu.. Yelah, nanti akhawat yang tinggal sekali akan perasan yang dia tengah merebus telur sahaja kan.. Jadi, dimasaknya nasi lemak. Tapi, best part is, akhawat yang lagi seorang, yang tinggal di dalam rumah yang sama.. menambah pula sebiji telur dalam periuk, bila nampak akhawat pertama tadi merebus telut untuk nasi lemaknya. Dengan alasan, tak mahu bazirkan elektrik dapur. Huehue =) *sakit perut gelak*

Ada juga yang merebus telur asing-asing, bila dah siap.. diletaknya telur di tepi dapur. Esok tengok-tengok telur dah tiada. Oh, mane telur rebus si barang amanahku pergi! Rupenya, dah dimasukkan ke dalam beg seorang akhawat lain yang juga housematenya. Confius agaknya kerana semua telur pun sama =) Penat mencari satu rumah dan hampir-hampir dah nak rebus telur baru. Huhu.

Aku pula merebus telur lepas solat subuh, lepas itu tertidur sampai lupa nak tutup dapur. Tup tup ada yang tolong tutupkan dapur, kalau tak.. meletuplah periuk dan telur rebus si barang amanahku itu akibat panas sangat. huhu. Jzkk ukhite =) Bangun-bangun tidur, telur dah siap direbus.. Huhu..  Pastu masing2 senyum simpul lah. Hehe =)  Kantoi dah tahu barang amanah dari awal!

Aduii. Kelakar sangat. =)

Di sebalik semua cerita ini, one point to be taken is.. sejauh mana kita all-out menjalankan amanah yang telah diberikan dengan begitu baik? Kalau ada scale 1-10.. how would you rate your all-outness?   *nanges*

Walaupun task yang diberikan nampak simple.. alah, rebus telur je. Tetapi uslub tarbiyah ini sangat mengesankan hatiku bila mana ukhti mengisahkan tentang bagaimana mereka melakukan amanah sir & hazar ini dengan baik. Jzkk kepada kakak naqibah atas idea yang umpph ini. *thumbs up*

Dan selepas itu, task yang lain ialah kita perlu menjaga telur rebus si barang amanah ini dengan baik. Dan dibenarkan untuk mencuri.. Aku personally tak suka dengan idea mencuri kerana perbuatan ini sememangnya salah. Huhu. Tapi berdiam diri sahaja tanpa ambil inisiatif untuk mencuri. Tengok apa yang jadi.

Ahh.. ketika bersiap-siap pada pagi itu, seorang ukhti kelihatan tengah mencari-cari barang di bilikku. Dia dari bilik lain.. Hurmm.. "Eh, cari apa ni ?" "Tgh cari sumthing". Selepas beberapa ketika, tiba-tiba ukhtiku yang lain berkata, "Curi telur la tu". Aku pun menyelongkar beg Albert tempat telur rebus si barang amanahku disimpan. "Aah.. betulla".

"X, curi telur kami ea?". X kata,"Aah, sebab Y curi telur kami, Y kan group hampa. Kami pun curi la balik telur ahli groupnya yang lain". Terasa zassss time ni. Huhu ;( X ni kira rapatlah dengan diriku. Sanggupnya dia mencuri telurku. Hehe, inilah perasaanku time ini.

Dan pengajaran besar yang aku peroleh dari kejadian kecurian telur ini ialah.. walaupun arahan atau kebenaran untuk mencuri itu datang dari qiyadah (pimpinan) kita, which is by default kita perlu taatlah kan. Tetapi, jika bertentangan dengan syara'.. tak perlu pun diikut, malah perlu dinasihati (seperti dalam hadis 7) Di sinilah perkara ini diuji. =) Kita sebagai jundiy, perlu ada stand, bukan ikut sahaja kay *Peace!

Akhirnya, X pulangkan telurku. Jzkk X =) Anda memang ohsem =)

Kakak Naqibah berkata lagi, antara ibrahnya, kita perlulah sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dengan musuh. Dan dalam kes ini, orang yang mencuri telur =)

Banyaklah tarbiyah dari Allah. Yup, both tarbiyah bil ahdaf & bil ahdas yang kami dapat.
Alhamdulillah 'ala kulli hal

Jzkk kakak naqibah atas uslub yang amat menarik ini. Banyak pengajaran yang diperoleh =)
Barakallahufikunna buat semuaa!!

In the end, telur-telur tersebut menjadi makanan tengah hari kami =) Alhamdulillah

Cheerishing (ever exist ke perkataan ni? hehe..) some of my last D&T moments here in Czech.
Doakan yang terbaek

*Sekarang musim PRU13 kan, terkesan dengan doa ini : Ya Allah, menangkanlah mereka yang menguntungkan Islam, walau dari parti mana pun.
Yup, we are all hadaf oriented, yang hendak dimenangkan ialah Islam =)


No comments: