12 February 2012

Gelombang Itu..

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

Ustaz pernah cakap, kalau kita tak tahu sesuatu..berkatalah : tidak tahu
kerana itu adalah tanda warak

eh, warak itu apa pulak yeh?
ustaz kata.. warak itu meninggalkan sesuatu yang halal kerana takut terjatuh kepada sesuatu yang haram


sebagai contoh :
tidak memakai perfume kerana takut diri terbiasa hingga terbawa-bawa memakai perfume di kalangan bukan mahram.
hmm.. contoh lain?
tidak mendengar music sebab takut nanti lagha >> oops, saya suka music (yang islamiclah! ^^)

depends lah apa kata hati kita. sebab, hati yang bersih itu mampu memberi fatwa kepada diri kita kan! ^^
sebab itulah kita perlu mendidik seketul daging itu agar dapat memberi fatwa kepada kepada kita, kerana fatwa dari hati yang bersih adalah bersumberkan daripada Allah. biiznillah..

okeh, berbalik kepada warak tadi.
jadi, kalau tidak tahu.. katalah tidak tahu ya? ^^

saya tertarik dengan kata-kata pembuka ustaz don : selepas beliau membaca doa, beliau selalu akan remindkan ulama', guru-guru, tok syeikh di luar sana untuk menegur beliau.

hmmm.. tak pernah jumpa lagilah rancangan tv seperti ini kan. good one ustaz don!

dan warak ini ada gelombangnya (aura). kata-kata seorang ustaz yang saya masih ingat :
"Pantulkanlah Gelombang Kewarakan itu.."

T,T : rasa jelah diri ni masih jaaaaauh dari warak tu.. tapi we have to keep on trying!~





terkesanlah dengan yang ini T,T

p/s : sekarang rasa tv al-hijrah makin best dengan adanya rancangan-rancangan cool seperti ust.don, assalamualaikum, law kana bainana, fattabiuni etc..

haaaaa.. jangan ingat kat czech republic ni tak dapat siaran tv al-hijrah taw! hehehe.. bertuahlah siapa yang mengupload rancangan ini di you tube. berganda-ganda pahala yang dia dapat. ^^ insya Allah.

No comments: