14 July 2011

test power..

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

ketika beruskab..

orang kata balik malaysia adalah medan untuk kita test power.
apabila balik malaysia. kita duduk sorang-sorang. tak sama dengan kat negara kita belajar.
di sana ada kawan-kawan yang sentiasa akan mengingatkan kita - kata nabilah

wohooo! muhasabah diri sendiri. bila nabilah cakap begitu rasa macam zapppppp! terus kena kat hati. terus terpandang bawah! bertanya-tanya kepada diri sendiri. power aku ni setakat mana ye? hmmm.. macam pada tahap yang tak patut je.. wohooo!

perlu membuktikan kepada diri sendiri yang tarbiyah di sana memberi kesan kepadaku!
hilangkan bukti-bukti rebel dalam diri sendiri melalui perbuatan! sekarang juga!
buang semua rebel.. rebel sikit ke rebel banyak ke.. buanggg..

ya Allah, ya Qawiyy.. berilah kekuatan..

*sejak berjinak-jinak dengan perkataan rebel ni, sangat dapat rasa.. rupanya aku ni rebel jugak ye. ehem..
*teringat kata-kata kakak naqibah kesayangan : tak pe, usrah kita lambat sikit drpd usrah lain (cover bahan), yang penting ialah amal. jzklah akak ^^ betul tu amal. amal. amal. kalau dah bertahun-tahun ikut usrah tapi tak beramal tak boleh jugak.. kerana..

TARBIYAH itu BERKADAR TERUS DENGAN AMAL!


hey rusna, kau perlu melaju!

No comments: