13 July 2011

semuanya baguuus! ^^

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

Wacana Tarbiyah oleh Naib mursyid am ikhwan muslimin, Syeikh Jum'ah Amin  telah berlangsung beberapa hari lalu. melihat-lihat gambar, status kawan2 di facebook & blog-blog mereka membuatkan saya rasa nak pergi sangat-sangat-sangat!. nak share point yang saya baca di facebook. cemburunya dgn orang-orang yang dapat pergi.


1. "Sgt gembira melihat wajah ikhwah walau tiada ikatan darah. Kalau mursyid tahu betapa gembira saya, dah tentu saya kena muhasabah sekarang. Juga gembira dengar lirik lagu saffone, Allahu Ghayatuna".

2. "Setiap mukmin bersaudara. Islam bukan milik individu, jamaah tertentu, tapi milik semua org"

3. "Kita bawa perubahan kpd masyarakat dgn perbincangan, tingkah laku, kata2 lemah lembut. Kita dakwah org, Allah bg petunjuk ke jalanNya. Bawa manusia patuh Allah".

4. "Nak ubah ummat, kena jd hamba yg abid dulu, Al Banna kata baiki solah, baru dapat islah ummat. Hayati katibah, malam kerohanian, dekati Allah".

5. hadirin makin ramai... "Malam ni penuh barakah. Al Banna didik ahli rapat dengan Allah, qiam, quran, zikir, istighfar. Syeikh selalu pesan ajak perancang IM wuduk, solat sunat dulu baru merancang".

6. "Abu Bakar bimbang tenteranya yg x rapat dgn Allah. Umar lebih bimbang maksiat yg dilakukan tenteranya. Seorang sahabat berbaiah supaya dia dipanah di sana sini, akhirnya dia syahid, benar dalam katanya dan Allah benarkan".

7. Pertembungan hak-batil adalah sunnah sampai kiamat, kita kena tahu. Al Banna kata kita perangi manusia dgn kasih sayang. Ukhuwwah bukan kelebihan tapi kewajipan. Hadis 7 golongan dilindung arasy, antaranya 2 org bertemu, berpisah kerana Allah".

8. Allah kurniakan akhlak macam rezeki, beza satu sama lain. Allah guna kurnia agama kepada yg dicintaiNya".

*refleks diri sendiri. jauh lagi aku ni. usaha! usaha! usaha!

satu video yang saya kira sgt bagus untuk semua. worth watching!

semuanya baguuuss! kerana itu adalah dari Allah.


hebat betul pemikiran orang Islam.
Allah. Allah. Allah.
semua daripada Allah adalah yang terbaik!
lega hati kan!

No comments: