04 June 2011

takut dengan malam?

bismillahirrahmanirrahim~ 
assalamualaikum wrt wbt

malam di prague.. selalunya orang masih ramai ketika tengah malam.. 

beberapa tahun lalu, berjalan-jalan seorang diri di bandar prague pada waktu malam rasa macam okay. tiada masalah. tak takut pun! 

tetapi, beberapa minggu lalu, nak keluar rumah pun dah naik takut. sudah lama rasanya tidak keluar malam. perasaan takut makin menebal tatkala kaki melangkah keluar dari pintu rumah.
seperti biasa, mulut akan mengikut langkahan kaki dengan bacaan : bismillahi tawakkaltu 'alallah, la hawla wa la quwwata illa billah , diikuti dengan mata yang melihat kaki yang dihayun ke luar pintu.

apabila membaca ayat-ayat sebegitu, hati akan merasa rendah kepada Allah. mengaku yang tiada kekuatan lain yang akan melindungi kita di sepanjang keberadaan kita di luar rumah melainkan Allah. Rabbul 'Alamin.

tambah-tambah sekarang, tahun ke-4. setiap hari perlu bergegas ke hospital seorang diri, kadang-kadang berdua kalau roomate pun pergi ke hospital yang sama. tetapi selalunya akan berseorangan kerana saya dan housemate lain berada dalam kumpulan yang berbeza, jadi, rotation subjek dan hospitalnya pun akan berbeza. jadi, apabila travel seorang diri ke hospital, tawakkal kepada Allah automatik menjadi lebih tinggi daripada biasa. 

[rusnaaaaaa!! sepatutnya, tawakkal itu perlulah sama sahaja kan, di mana2 pun! hmm.. itulah.. hati ini perlu dididik lagi dengan peguasaan ilmu tawakkal..]

baiklah, berbalik kepada kisah di awal post ini.. 

saya pun keluar dengan dada yang agak berdebar-debar. oh, lupa nak bagi tahu, tujuan saya keluar adalah untuk menghantar barang kepada kawan baik saya. dia amat memerlukan barang tersebut pada malam itu. jadi, mahu tak mahu, saya kena keluar juga. asalnya nak ajak yang lain, tapi nampaknya semua penat selepas usrah kubra sebelum maghrib tadi. tak sampai hati nak ajak keluar pula selepas itu. huuu..

jadi, nak tahu apa yang terjadi kepada saya? 

sesuatu yang tidak pernah saya sangka.. iaitu..

saya begitu menghayati surah al-falaq ketika itu
tak pernah-pernah saya begitu menghayati surah al-falaq.
"aku berlindung dari kejahatan malam apabila gelap gelita.." hati saya mengulang-ulang maksud ayat2 tersebut. 
hmmm.. anda semua dapat mengesan sesuatu? 

ya? tidak?
nampaknya saya telah mencampurkan maksud ayat 1 & 3... hehe.. 
apa-apa pun, saya sangat terasa dengan maksud ayat itu, melambangkan sebuah pengharapan daripada seorang hamba yang lemah kepada Tuhannya yang Maha Kuasa.

tiba-tiba ketika itu saya terfikir, best jugak ni kalau bawa anak usrah keluar & tadabbur kat luar malam-malam.
hehehe.. [gelak evil..]

mesti ramai yang tak setuju kan sebab bahaya. 
dengan orang mabuknya, homelessnya etc..
saya main-main sahaja. tak buat betul pun insya Allah. saja ja nak share tentang fikiran saya ketika itu. ^^
anak-anak usrah, sila jangan takut! hihi..

Thank You Allah untuk tarbiyah ini.
latihan bertawakkal, berharap & takut kepada Allah.

okay setakat itu dahulu untuk kali ini.

Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki".  
(al-Falaq, 113 : 1-5)









1 comment:

ar-rumaisa said...

mashaAllah. brilliant sharing. keep writing =)