05 June 2011

kasut Kate Middleton

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

"eh, kau nak tahu, aku gi london hari tu.. ramai la yang nak tiru fesyen kate tu. kalau baca surat kabar kat sana pun, asyik-asyik cerita tentang fesyen kate. kate pakai ini hari ni. kate pakai itu esok. tak penting pun semua tu"
celoteh sahabat kesayangan saya, mimmi yang baru pulang dari kota london untuk memperbaharui pasportnya. dia pergi beberapa hari selepas kate middleton melangsungkan perkahwinan dengan prince williams. sebab itulah kate masih lagi menjadi isu panas ketika itu. ^__^

"semua orang nak tiru kate pakai kasut, skirt.." tambahnya lagi.

"tulah.. baru saja tadi thamarai (housemate kami) cerita tentang kasut kate, kat prague pun ramai dah pakai !" tambah saya.

siang tadi, saya dan thamarai menunggu bas di hadapan hospital VFN untuk ke Hospital O&G untuk mendapatkan kredit eligible subject. tiba-tiba ada seorang wanita yang agak berumur memakai kasut wedges yang gaya-gaya kate middleton itu. dan thamarai lantas bercerita tentang kasut kate.


"semua nak ikut kate tu.." kata mimmi

"bestkan kalau dakwah macam tu, pakai sikit je semua dah ikut." tambah saya..

yup, dakwah tak semudah itu.
kerana dakwah ini mengajak manusia kepada perkara-perkara ghaib : Allah, syurga, neraka dan sebagainya..

susah untuk menjadi dan membentuk orang beriman & komit dengan Allah kerana semua yang ghaib itu tidaklah NAMPAK TERANG TANG TANG dengan mata seperti kecantikan kasut wedges milik kate middleton & status kate middleton itu!

tetapi, insya Allah, perkara-perkara ghaib itu dapat dilihat melalui mata hati..

Allahu 'Alam
ya Rabb, thabbit qulubana 'ala deenik~

2 comments:

^_^ said...

Dulu islam macam tu la kan..Baju sket org nak terus ikut..
Moga ianya kembali suatu hari nanti..
Allahu akbar!

rusnarusli said...

salam wanie..
betul. applicable bila kita ada UA kan.

perlananan masih panjang nih.
ya Rabb, thabbit qulubana 'ala deenik