13 January 2011

semusim bersama tarbiyah terasa selamanya =)

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

"alhamdulillah saya tidak balik sebelum habes daurah. pada asalnya saya patut balik malam tu jugak, tp tiket tren semua dah habes sbb new year. saya terfikir kenapa Allah nak saya stay sampai habes daurah. Allah nak saya join sharing malam itu... sharing malam tu buat saya terkejut. orang yg saya sangka baik, rupanya2 dulu-dulu mereka bukanlah seperti mereka sekarang ini..." itulah luahan hati adek saya yang amat-amat saya kasihi.

yep, akak ada bersamamu ketika adek bg tahu adek nak balik malam tu. sedeh rasa hati ketika itu. kalau boleh, nak paksa juga adek stay sampai habes sbb akak tahu, sentuhan daurah adalah berbeza dgn usrah. sentuhan muwajjih terhadap fikrahmu, sentuhan sisters sisters terhadap hatimu. pasti berbeza ketika kita bertemu di dalam usrah. tp akak membiarkan adek membuat pilihan adek sendiri krn kdg kala paksaan bukanlah jalan yg terbaik kan? =) but, there are times yg kita perlu memaksa diri kita kan.. ^,^

semusim bersama tarbiyah, terasa selamanya.. begitulah tajuk sharing pada malam itu kan..
segala rahsia sejarah diri seorang semi seorang ukhtie dikongsi. dikongsikan bukan untuk menunjuk-nunjuk ttg kejahilan diri. tidak sama sekali, malah perbuatan ini amat ditegah oleh Nabi s.a.w. ttp, sharing sebegini dpt menguatkan hati kita, menambahkan kasih kita kpd Allah, dan menimbulkan suatu kesyukuran yg amat tinggi kpd Allah. kan kan..

setiap ukhtie mempunyai kisah silam mereka yg berbeza. ada yg baik saja semenjak kecil, ada yg tidak. namun, Allah telah menautkan hati-hati ini kpd tarbiyah dgn pelbagai cara. sangat2 menarik sehinggakan ada yang tidak terfikir dek akal! =)

terharu sgt2 dgn Allah.. melihatkan bgaimana Allah memilih kita unuk berada di atas jalan dakwah & tarbiyah.. so sweet..

hebatkan Allah. Allah lah murabbi yang paling hebat! Allah menarik hati-hati ini dalam pelbagai cara mengikut kesesuaian setiap orang. yg berhati lembut, tersentuh melalui senior-senior yang baik, yg tegas hatinya.. tersentuh oleh al-quran itu, yg suka mendengar ceramah.. tersentuh melalui program2 and the list goes on!
dan proses pentarbiyahan ini bukanlah sebuah proses yg mengambil masa 24 jam atau 48 jam.. ia adalah sebuah proses pengislahan (pembaikan) yg berterusan yg tidak pernah henti.. be it kita baru setahun atau sudah pun berpuluh-puluh tahun mengikut tarbiyah. sesungguhnya, proses ini tidak pernah tamat sehingga kita kembali bertemuNya..

teringat kata-kata seorang murabbi :

tarbiyah = kita semakin lama menjadi semakin baik

sebab itulah, tarbiyah ini bisa merubah seorang umar yg membunuh anaknya kpd umar yg dijanjikan syurga kerana manusia itu mampu untuk ditarbiyah dan mentarbiyah manusia lain..  insya Allah =)

semoga nostalgia kita ketika pertemuan pertama dgn tarbiyah menjadi kenangan yg paling manis dalam hidup kita. dan nostalgia ini sentiasa menjadikan kita  hamba Allah yg bersyukur dgn nikmat ini..  Wallahu Alam..



untuk dimuhasabah bersama ^,^

2 comments:

Unknown said...

very goood!!!!

rusnarusli said...

zainab!!! miss u sis! =)