21 June 2010

jika ini yg didambakan untuk memperoleh syurgaMU, aku redha

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt




salam wrt wbt

buat kamu-kamu yang amat akak kasihi,
jika kamu-kamu berada di sisi saat ini, pasti akak akan memeluk kamu semua dgn kuat, dengan erat
insya Allah, nanti rabu kite jumpe ye dik.. insya Allah [bukan sja rabu, hari lain2 juga boleh.. hihi.]

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
peribahasa tu mmg betul
kerana akak pernah berada di tempatmu suatu masa dahulu
pernah tersadung lalu terjatuh dan terjatuh lagi

luka, calar, sakit, pedih semua ada
air mata, usah ditanya berapa banyak yang menitik jatuh di atas buku-buku medic ini
kalu diselak buku2 ini, pasti ada kesan air mata yg masih berbekas sehingga kini.. ttp tidak mengapa..
emosi yang terganggu sering diselindungkan agar sahabat-sahabat lain tidak mendapat tempiasnya
ttp, jika diselak lembaran hati ini, hanya Allah sahajalah yang tahu betapa remuknya, betapa sedihnya hati ini.

mengapa kedengaran amat susah sekali medic ini?
adakah salah aku? atau adakah mmg medic itu mmg susah?

namun tidak mengapa.. jika ini yg didambakan daripadaku untuk menjadi ahli syurgaMU, aku sanggup, aku rela
aku redha bersusah payah unutk mendalami ilmu sihir ini ya Rabb.. aku rela mendalaminya demi dakwah itu sendiri...
kerana aku tahu syurga itu amat mahal
dan bukan calang-calang orang yang dapat menjadi ahlinya..
kadang-kadang, bila teringat syurga rasa jauh sangat, rasa tak layak langsung
tapi masih, aku masih mendambakan syurgaMU

cuma aku harap, kepenatanku, air mataku, keletihan aku akan dikira oleh-Mu ya Allah..
aku tidak mahu penat lelahku akan mengundang neraka kelak.. nauzubillah..
aku bukan mengeluh ya Rabb.. aku hanya ingin Engkau mengira usahaku.. walaupun aku tahu aku tidaklah sempurna. selalu tidak menepati janjiku...
ya Allah.. ampuni aku.. moga aku dapat mengawal diriku.. amin.. :)

ya Allah, jagalah kami ya Allah

sabar dan kuatkan kesabaranmu 3:200

*ilmu sihir dikiaskan dgn medic berdasarkan hadis ghulam

6 comments:

nur rakhawah said...

Aminnnn

rusna kuat!!

[awk, nape ni??]

rusnarusli said...

salam maisarah!
xde pape la..
dun worry

jazakillahu khairan
:D
doakan kami kat sini :D

nur azhani said...

jazakillahukhairan kak rusna!!!!!!

nurul amirah muhamad said...

jazakillahu khairan kathira kak rusna =)

rumaisa' said...

kak rusna..:) jzkk,

"jika ini yang didambakan utk memperoleh syurgaMu, aku redha"

rusnarusli said...

salam,
azhani, mira dan sab yg disayangi krn Allah..
insya Allah, wpun payah, wpun sukar.. ayuh menyusun langkah bersama2..
semoga ALLAH redha dan berkati masa kita yg singkat ni.. aminnn..