23 June 2010

dia yang kubenci


bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

banyaknya benda yang keluar daripada mulut ini. kadang-kadang rasa tak mahu bercakap. sebab nanti banyak yang dipertanggungjawabkan. tapi jika tidak memahamkan orang lain, akan dipertanggungjawabkan jua sebab menyampaikan al-haq itu adalah wajib. bercakap di depan ataupun tidak, semua kita adalah sama. semua mempunyai tuntutan yang sama iaitu menjadi seorang mukmin yang sempurna imannya. iman yang tidak cacat. iman yang amiq. iman yang mendalam.


dia.. yg terkutuk.. 
[Allah lebih mengetahui rupamu bagaimana]

pabila sudah banyak cakap, memang terasa bisikan dari dia sangat bertubi-tubi. dicucuknya dari pelbagai arah. aku dapat rasa ini. sebelum bercakap ttg sesuatu amal itu, rasa mudah untuk mengerjakannya. tetapi, setalah menyeru org lain untuk melakukannya, aku berasa amat susah. berat. aku tahu, ni mmg taktik dia nak  memfuturkan aku kan. aku takkan mengalah kerana aku tahu, tanggungjawab aku adalah menyampaikan al-haq. 

sungguh, diri ini memohon perlindungan kepada DIA daripada dia yang terkutuk! semoga diri ini dapat berubah menjadi seorang mukmin yang sempurna kerana tiada yang lebih bahagia daripada mendapat nikmat daripadaNYA. syurga.

No comments: