07 June 2010

bangga dgn keturunan?

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

Pernah pada suatu hari, seseorang datang kepada Rasulullah saw dengan membanggakan nasabnya. Di kalangan masyarakat Arab waktu itu, kebanggaan suatu nasab didasarkan pada jumlah jasa yang dilakukan nasab itu.
Karena itu, mereka sering menyebut-nyebut jasa orang tua mereka. Orang itu memperkenalkan dirinya dengan menyebut silsilah orang tuanya sampai keturunan kesembilan. Rasulullah saw hanya menjawab pendek, "Wa anta ‘âsyiruhum fin nâr. Dan engkau, keturunan yang kesepuluh, di neraka." Ia masuk neraka karena ketakaburannya

tersirap darah bila membaca kisah tersebut. takut-takut termasuk dalam orang yang sedemikian. orang yang berbangga dengan nasab keturunan. perkara sebegini, sememangnya biasa dalam masyarakat kita. masyarakat yang mengagung-agungkan dunia melebihi segala-galanya. dialog-dialog seperti di bawah adalah biasa kan?:
"anak kamu belajar kat mana? anak saya belajar kat uk.. bukan senang nak pergi tau."
"ayah kamu kerja apa? ayah saya CEO syarikat dot dot dot"
"anak kamu kerja apa ni? pakai kereta malaysia ja. kata belajar luar negara. patutnya pakai la kereta yang canggih sedikit.."
"kau nak tahu tak.. pak cik aku tan sri tau.. bla bla.."

nah, kita masih memandang dunia sebagai segala-galanya. walaupun kita tak bermaksud untuk mengangkat-angkat darjat keluarga sendiri, percayalah, kita akan rasa sedikit bangga dengan keturunan kita. rasa sedikit tinggi berbanding orang lain. percayalah. mungkin sebab itulah kita disuruh menjaga butir-butir yang keluar daripada mulut kita agar hati ini sentiasa terjaga. pernah tak dengar satu analogi susu dan gelas?~

sebuah gelas kaca diisi dengan susu sehingga penuh, lalu tertumpah
apakah yang tertumpah itu?
mestilah susu kan.. sbb susu sahaaja yang mengisi gelas tersebut.

jadi samalah dengan hati kita, jika keimanan yang diisi sehingga memenuhi segenap ruang hati kita, insya Allah, mutiara-mutiara kata yang tertumpah daripada mulut juga adalah keimanan itu sendiri. no doubt!

mulianya kita bukanlah terletak kpd keturuna kita, pekerjaan kita, kelulusan kita dan sebagainya..
habes tu macam mana nak tahu kita ni mulia ataupun tidak?.. Allah telah menjawab dalam kalam-NYA
seperti berikut :
"..Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling takwa.."
 (Al-Hujrat 49:13 )

jadi, jom kejar kemuliaan dengan taqwa

*muhasabah mode*

4 comments:

iman said...

:)
jzkk rus

rusnarusli said...

waiyyaki iman ^_^
take care naa~

Syamira Zaki said...

thanx rus2 =)
takutnye Rasulullah jawab mcm tu.. huhhuhuhu..

rusnarusli said...

syam2.. welkem..
tu ahh.. waktu baca tu sgt takut..
dah la nabi yg cakap...
huhuhu..
sama2 amek pengajaran