16 April 2010

kalau la ada umar skrang ni..

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt


"kalau la ada umar skrang ni... heee.." kata hatiku dgn geram.


aku berjalan ke stesen tram untuk menunggu tram no.24 untuk pulang ke rumah. pap. aku memberhentikan langkah. dan mengalih pandangan ke seberang jalan. deretan kedai roti, kedai baju, kedai runcit dan rumah-rumah kutatap satu-satu. betul-betul bertentangan denganku adalah sebuah potraviny (kedai runcit) aku tidak nampak apa2 melainkan susunan botol-botol arak yg meninggi di kedai tu.
astaghfirullahalazim..
astaghfirullahalazim..


geramnya tgok botol-botol arak itu. buka kedai sebab nak jual arak. nak bagi orang lain minum arak. nak bagi orang lain ingkar kepada Allah. nak menentang Allah. kenapa?


"kalau la ada umar sekarang ni.. heeeee..."


mesti pecah botol-botol tu. rsanya kalau satu cz ni dipecahkan botol-botol arak tu, mesti banjir.
aku berfikir lagi, kenapa umar? umar dah pergi.. kenapa aku mengharap kps seorang individu yang sudah tiada lagi? bumi ini mengharap aku, engkau dan kita semua untuk membangkitkan syariat Allah. supaya bumi ini segar kembali dengan islam. bumi ini telah lama menderita dengan orang-orang dan sistem jahiliyyah. bumi ini adalah islam. yg bukan islam adalah orang-orang di atasnya. jadilah bumi ini sakit menaggung beban-beban jahiliyyah.


sedarlah wahai pemuda. bangkitkanlah hatimu yg sedang tidur lena. buktikan syahadahmu kpdNYA.


2 comments:

nur rakhawah said...

ke mana pergi pemuda?
hemmm

[pandang ke rusna]

rusnarusli said...

salam maisarah..
huhu.. kitala pemuda tu..
objek dakwah yg pertama adalah DIRI SENDIRI.. huhu