12 February 2010

fastabiqul khairat

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt



FASTABIQUL KHAIRAT.... pernah dengar tak kalimah-kalimah tersebut? fastabiqul khairat bermaksud berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. fastabiqul khairat bukanlah anjuran daripada saya, tetapi anjuran daripada kitab suci al-Quran. mari lihat ayat 148 surah al-baqarah


Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 2:148


dalam berbuat kebaikan, kita disuruh untuk berlumba-lumba. maksudnya, kita tidak boleh berasa selesa dengan amal kebaikan kita sekarang, malah kita disuruh untuk melihat orang yang lebih baik amalannya dalam amal ibadah, tetapi jika dari segi nikmat, kita disuruh untuk melihat kpd orang yang lebih bawah drpd kita agar kita lebih bersyukur.

banyak kisah dalam sirah yang menunjukkan fastabiqul khairat! antaranya ialah sahabat terdekat nabi sendiri iaitu saidina abu bakar dan saidina umar al-khattab. secara peribadi, saya mengkagumi dua orang sahabat ini. ketika di bangku sekolah, abu bakar digambarkan sebagai seorang yang sangat baik manakala umar pula disifatkan sebagai seorang yang tegas dan garang. keadaan kedua-dua sahabat ini yang saling berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan amat mencuit hati saya dan sekaligus menjadikan mereka berdua amat comel ^_^





nabi pernah bertanya kpd umar ttg harta yang diinfaqkannya pada hari itu. umar menjawab bahawa dia telah menginfaqkan separuh daripada hartanya. dalam masa yang sama, abu bakar datang dan nabi bertanya soalan yang sama kepada abu bakar. jawab abu bakar, "aku menginfaqkan seluruh hartaku". nabi bertanya, apakah yang ditinggalkan kepada keluarganya?. abu bakar menjawab, "Allah dan Rasul". sesungguhnya, pengorbanan abu bakar adalah yang terbaik.. umar kalah ^_^

dalam kisah lain, nabi bersabda, “Siapa yang ingin membaca Al Qur’an dengan baik seperti diturunkan Allah, bacalah seperti bacaan lbnu Ummi ‘Abd (‘Abdullab bin Mas’ud). mendengarkan ini, umar hendak pergi memberitahu perkabaran berita gembira ini kepada Abdullah ibn Mas'ud. setibanya umar di hadapan rumah Abdullah ibn Mas'ud, dilihatnya abu bakar sudah hendak meninggalkan rumah tersebut. umar kalah lagi ^_^

ketika pemerintahan saidina abu bakar, ada seorang nenek tua yang tinggal bersendirian. umar tidak mahu melepaskan peluang untuk melakukan kebaikan tehadap nenek tua tersebut. lalu dia berhajat untuk membantunya. namun, setiap kali umar tiba di rumah nenek tua di hujung kampung itu, rumahnya pasti kemas dan tersedia makanan. habislah peluang umar untuk berbuat kebaikan. keesokan harinya, umar pergi lagi untuk menolong nenek tersebut ttp perkara yang sama berlaku. rumahnya bersih dan makanan sudah pun tersedia. akhirnya, umar mengambil langkah untuk keluar lagi awal untuk melihat siapakah gerangan orang yang menolong nenek tua tersebut. siapakah dia? tentulah abu bakar orangnya. umar kalah lagi ^_^

^_^ abu bakar always wins!
abu bakar sentiasa mengatasi umar
ttp umar sentiasa yang terbaik selepas abu bakar!
kisah mereka berdua sangat mencuit hati dan penuh teladan








dalam kisah lain, ada dua orang sahabat yang sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan juga. sehingga suatu ketika, seruan jihad berlaku, alhamdulillah, kedua-duanya layak untuk menyertai peperangan itu. kedua-duanya juga layak untuk berada di barisan hadapan perang. bukan calang-calang orang yang boleh berada di saf hadapan perang melainkan orang-orang yang hebat. ketika perang bermula, kedua-dua sahabat ini terpisah. mereka tidak berperang di tempat yang berdekatan.

akhirnya, seorang daripada dua sahabat ini ditangkap sebagai tawanan perang. sebagai tawanan perang, dia diseksa habis-habisan dan akhirnya pihak musuh mengambil keputusan untuk membunuhnya. tiba-tiba, sahabat ini ketawa terbahak-bahak sehingga menimbulkan kehairanan pada pihak musuh.. rupa-rupanya dia berasa sgt gembira kerana dia boleh mati syahid dan inilah pengakhiran yang paling mulia kerana dengan cara inilah syurga dapat dimasuki dengan mudah. dan dengan mati syahid jugalah dia dapat mengatasi sahabatnya. patutlah dia bergembira. :) nak tahu pihak musuh cakap ape? mereka berkata, pemuda sebelum kamu pun berkata tentang perkara yang sama. pemuda itu ialah sahabatnya :) ternyata sahabatnya telah mendahuluinya dalam melakukan kebaikan kerana dia telah mati syahid terlebih dahulu.. subhanallah!

mereka sangat beriman dengan ayat Allah itu. walaupun pendek ayatnya (fastabiqul khairat), tetapi bagi orang yang beriman, setiap ayat Allah itu wajib diamalkan kerana kita pernah berjanji dan bersaksi dahulu bahawa Allah ialah Rabb. kepatuhan kita hanya pada-Nya dan tiada dan tiada pada yang lain!








ayuh fastabiqul kharat!

untuknya. sebagai contoh : sampah di tepi jalan. orang yang kurang bijak tidak akan mengutip sampah tersebut malahan dia akan berkata, "ish.. siapalah yang membuang sampah ni.. mmg tidak ada kesedaran langsung" tetapi, orang yang bijak, akan terus mengambil sampah tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah~ indahnya menjadi orang yang beriman. hatinya tenang beriman kepada Allah. hatinya tidak terbeban dengan perintah Allah kerana dia tahu syurga adalah balasan teragung bagi dirinya insya Allah.
orang yang cerdas/bijak ialah melihat seeegala (stess!) hal sebagai satu peluang pahala


ayuh fastabiqul khairat!

5 comments:

maisarah said...

ayuh!

rusnarusli said...

salam maisarah! ayuh sama2 :)

Nur Hamimmi said...

salam wbt. ayuh fatabiqul khairat...!!

rusna... surah al-baqarah kan?

2:148...kan?

AYUHHH!!!

hadzhamdan said...

Subhanallah...such an eye opener!!

Jazakillah rusna!! Ske sangat ngan peringatan ni..

Salam dari Dublin..muah2!!

rusnarusli said...

salam, mimi.. jazakillah.. hihi.. silap2.. 2:148
surah pertama al-fatihah ada 7 ayat je.. hihi..

salam hadz!!!! rinduuuuuunyaaa...
huhu..