05 September 2009

sistem langit

bismillahirrahmanirrahim~

salam,

galaksi bima sakti


semalam saya berkesempatan untuk menonton sebuah drama bertajuk, Dia Yang Kucinta. Ha.. ni bukan kisah cinta manusia kpd manusia tau. tapi drama ni mengisahkan perjalanan hidup seorang atheist, yg tidak percaya kepada kewujudan tuhan, sehingga beliau menjadi seorang muslim. pelbagai persoalan yg dilontarkan ttg islam. menarik juga tgok cara2 abg khir dan suhaila menjawab persoalan2 yg diajukan oleh alex. bagi saya, drama ini buleh dikategorikan sbg mendidik. biarpun nampak biasa ja, tp kalau kita hayati skrip2nya, insya Allah tontonan kita berisi dalam erti kata, kita mendapat sesuatu yg dapat mendekatkan diri kita kpd-Nya.

antaranya,

cuba kita lihat dongak ke langit, tgok bintang2 itu semua. perjalanan mereka dia atas sana sgt2lah teratur. tidak pernah berlanggar.padahal di atas sgtlah byk bintang2 kan. malahan, siang dan malam pun bergilir-gilir menampakkan wajahnya di bumi mengikut kadarnya. tidak pernah terlambat. tidak pernah tercepat. awan2 pula sentiasa menaungi kita. tidak pernah pula langit tiba2 runtuh. padahal tiada satu tiang pun yg mengampunya. mesti ada suatu kuasa yg mengawal pergerakan bintang2, siang malam dan sbgnya. sungguh teratur sistemnya.

cuba kita lihat pula di atas muka bumi ni. manusia mencipta pelbagai sistem di atas jalan raya agar kenderaan tidak berlanggar antara satu sama lain. banyaklah sistem yg dikuatkuasakan. contohnya, lampu isyarat, papan tanda, laluan pejalan kaki, jejantas, lesen kereta, lampu signal kereta, hon, tidak cukup dgn itu, polis trafik pun perlu bertugas untuk melancarkan pergerakan lalu lintas. sebenarnya byk lagilah sistem yg direka oleh manusia semata2 untuk mengelakkan perlanggaran dan kemalangan. namun, percaya atau pun tidak, kemalangan sentiasa berlaku di sana sini. setiap hari. setiap masa. jika tiada kemalangan di prague, pasti ada kemalangan di malaysia atau us atau india atau di mana2 sahaja. pasti anda bersetuju bukan?

ini menunjukkan pasti ada kuasa di atas sana yg lebih hebat dan sgt2 hebat daripada manusia yg mengawal pergerakan segala bintang2, malam, siang, matahari, awan dan sebagainya.

apakah kuasa itu?

kuasa itu ialah Allah, Tuhan kita.

ya kan?

[milky way.. saya xleh la tgok gambar ni, rasa gerun.. kerdilnya kita]

Kamukah yang sukar diciptakan atau langit?
Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
[an-naziat, 79:27]



cinta teragung

3 comments:

Anonymous said...

salam sis,

cerita apa tu? ada kat you tube tak? bai link pls..hehe

rusnarusli said...
This comment has been removed by the author.
rusnarusli said...

salam, wanie..
"dia yg kucinta" tu drama melayu
ni link dia

http://www.youtube.com/watch?v=2Dx6HtVmqqU&feature=related