09 September 2009

*(^_^)*

bismillahirrahmanirrahim,

salam semua.. apa khabar?

malam itu, seperti biasa, kami akan duduk dan mentadabbur ayat2 Allah selepas waktu maghrib. harapnya dgn usaha yg sedikit ini mampu mengistiqamahkan hati2 kami untuk memerhati dgn teliti ayat2 Allah di samping dapat membetulkan bacaan masing2.

malam itu, surah yunus ayat ke 12 amat menyentuh hati saya. ketika itu, ada beberapa hari lagi sebelum exam. ayatnya begini :

Dan apabila manusia ditimpa bencana dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri. tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan. [10:12]

exam physio kali ini amat mencabar dari pelbagai segi. ayat di atas sememangnya betul. saya boleh lihat ini pada diri saya sendiri. ya, manusia bila ditimpa bencana, akan berdoa sepanjang masa. btul3.. mmg tidak dinafikan. bila mata melihat deretan soalan yg belum dicover, hati merintih dgn doa agar dimudahkan dalam exam kali ini. membuka pili air di dapur pun, hati meminta Allah melepaskannya drpd exam. sebelum mata terlelap, tidak henti2 berdoa supaya Allah Membantu dalam exam nanti...

alhamdulillah.. Allah benar2 Membantu dalam exam physio tempoh hari. exam physio ada 3 peringkat : written test, practical exam, oral exam. semuanya dalam satu hari
alhamdulillah semua candidate exam hari tu lepas written test. apabila tiba waktu saya untuk memilih soalan practical dan oral, saya hanya memilih kertas yg berada di bahagian atas.

berdebar-debar tatkala menunggu soalan practical saya direvealed oleh kakak secretary itu. alhamdulillah soalan itu melegakan saya. Allah telah Membantu saya.

tapi, hati ini.. ada sahaja lintasan-lintasan yang tidak baik.
"eh, ni aku dah dapat soklan mudah waktu practical, nanti mesti susah soklan exam oral.. huhu"
"eh, tak baik camtu. sangka baik2 je.. Allah Buleh je tukarkan soklan tu kan"
alhamdulillah saya dah lepas bahagian practical.

"aku takut la bila time nak bukak tengok soklan yg aku dapat nanti time oral", kata saya
"aku dah nampak nama prof pokorny kat buku index aku", kata sorang kawan saya
mcm2 la dialog2 yg menunjukkan kerisauan hati masing2

hanya satu drpd 2 prof yg akan exam kami : so, sama ada prof pokorny atau prof kittnar.
prof pokorny mmg terkenal dgn seorang yg sukakan details dan suka akan nervous system. hmm.. tidak hairanlah ramai yg agak takut jika tahu akan diexamine olehnya.
tapi pergantungan kita bukan pada prof kan.. pergantungan kita pada Allah.. mcm ayat ni :

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. [10:107]

alhamdulillah ketika soalan exam saya direvealed.. setinggi-tinggi pujian diucapkan kepada Allah. alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
"ni mesti sbb doa mak.."
ada tiga soalan semuanya
satu soalan tu, mmg soalan otazky saya (otazky = questions)
satu lg soalan, hampir2 dgn soalan otazky saya
soalan terakahir, saya baru baca semalam.
ya Allah cantiknya susunan Allah. awal2 lagi dah sediakan saya untuk menjawab soklan exam pada hari itu, dgn menetapkan saya membuat that particular questions dalam otazky.
alhamdulillah

saya tidak tahu lagi prof mana yg akan mengexamine saya. ketika menulis jawapan sebelum dipresent kpd prof, ada shj lintasan hati yg jahat. astagfirullah.


mengapa masih sombong dgn Tuhan?

waktu tu mayb dah lama sgt tunggu, muka pun dah panas sbb dah tgh hari, perasaan takut tu mcm dah kurang sbb rasa sgt penat exam daripada pagi. saya rasa, saya sendiri yg bangun untuk pergi ke prof tu, elok je saya dah mcm bangun, prof mlecek panggil "rusli.. rusli".. mmg saya la tu.. saya exam dgn sapa? prof pokorny.. hehe

"jgn takut rusna" dalam hati
"bismillah"

selepas saya selesai exam oral, prof pokorny cakap,
"next time, when you come...." saya mula cuak.. saya ni fail ke? kenape kena dtg lagi sekali
"no, i mean not in physiology, but for other subjects like pathology.."
"alhamdulillah" saya sebut depan dia


alhamdulillah, sekarang dah lepas exam physio. dan saya tidak mahu menjadi seperti org dalam second part dalam surah yunus, [kejap saya copy lg sekali]

Dan apabila manusia ditimpa bencana dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri. tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan. [10:12]
nauzubillahiminzalik.
buat sahabat2 yg akan masih bejuang di medan exam, teruskan usaha dan sentiasa meminta pada-Nya. Dia Maha Mendengar. kalau mmg rezeki yg telah Allah tetapkan, buatla mcm mana sekalipun mmg kita akan dapat kejayaan itu.. insya Allah. yakinlah pada Allah.
ya Allah mudahkan mereka semua ketika exam nanti..
doakan mereka
doakan kami semua.. dithabatkan di jalan ini..
nak usrah ^_^

No comments: