10 August 2009

sedikit perkongsian ^_^

bismillahirrahmanirrahim~

kepulangan saya ke malaysia kali ini berdua sahaja. bersama-sama dengan rumet saya. perjalanan kali ini tidak begitu memenatkan kerana kami menaiki kapal terbang dari prague ke frankfurt. Alhamdulillah.

setelah tiba di Kuala Lumpur International Airport, semua penumpanag diperiksa suhu badan agar pesakit2 influenza type A H1N1 dapat terus dikuarantin. alhamdulillah kami berdua sihat. suhu badan normal. selepas itu, kami terus membeli sim card celcom (012,017 boycott, sila tekan link di bwh untuk hujah2nya)
http://campus-pj.blogspot.com/2006/06/boikot-maxis.html

sambil menunggu syifa membeli simcard, saya sempat menukarkan simcard saya dgn yg baru. sejurus selepas itu, ayah syifa tiba. apa lagi. mestila pergi makan sarapan dulu. nikmatnya dapat makan makanan malaysia. alhamdulillah. usai makan, kami bertandang ke rumah ibu saudara syifa, maksu yg tinggal di gombak. jazakumullah buat mak su sekeluarga. mak su ni mmg pandai buat kuih raya. mak su dah siap buat adunan biskut butter untuk syifa bawa pulang ke sabah. tapi ada org tu silap tekan suis oven. ditekannya suis dryer baju. bilenye oven tu nak panas kakak? ^_^ kesimpulannya, memang la biskut tu x siap dibakar. lain kalilah ye maksu..

namun, di sebalik semua itu, ada satu kisah yg tersimpan dalam kotak fikiran saya hingga sekarang. arisya, anak sulung maksu yg berusia 10 tahun bertanya kpd syifa,

"kak pa, kak pa.. kenape kak pa pakai ni?", sambil menunjuk ke arah baju hitam yg dipakai. (baju lapisan dalam ini lebih labuh berbanding baju yg diluar)
"oo.. ni.. ni.. kan kena tutup", jawab syifa merujuk kepada aurat seorang perempuan.
"hmm.. ringkas tp mendidik", bisik saya dalam hati

hari ini, saya pun memakai baju sebegitu, ada seseorang bertanya kepada saya,
"awat pakai lagi baju kat dalam ni? tak sejuk pun kat sini"
"bukan sebab tu", jawab saya
"baju ni pendek la"

ketahuilah..
pakaian ini bukan fesyen pelajar prague,bukan fesyen pelajar overseas, tapi inilah fesyen muslimah digariskan oleh Allah. fesyen yang tidak bermusim, yang bukan sahaja menyelamatkan kita daripada fitnah dunia dan jenayah dunia sahaja, bahkan yang lebih penting, fesyen inilah yang menyelamatkan kita semua daripada api neraka yang marak menjulang.

ya. orang selalu memerhatikan kita. apa yang kita pakai, apa yang kita cakap, dan pelbagai lagi.
kadang-kadang, kita ini bagaikan ghuraba' (orang asing/stranger) di kalangan umat Islam itu sendiri. itulah antara peranan kita, mengislahkan orang lain. dalam ceramah yg bertajuk "The Strangers" by Khalid Yasin (kat youtube), beliau mengkategorikan ghuraba' kepada dua iaitu :
-ghuraba' di kalangan non-muslim
-ghuraba' di kalangan umat islam itu sendiri
apabila difikir-fikirkan, memang ada betulnya jika melihat kepada situasi sekarang.

GHURABA'
apakah itu?
Ghuraba’ dari segi bahasa, ialah 'dagang'
atau untuk mudah difahami, ghuraba' dieertikan sebagai ‘asing’ atau ‘ganjil’. orang yang berdagang kan dianggap asing dan ganjil di sesebuah tempat ^_^

Asalnya istilah ini adalah daripada :

hadis Rasulullah s.a.w :
Islam muncul pertama kali dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang sebagaimana mulanya, maka berbahagialah orang-orang yang dagang (ghuraba') tersebut.
(HR Imam Muslim)

okes. sekian dulu

kepada sisters yang sedang bermukhayyam (camping).. selamat mengutip mutiara2 ya ukhti~
kepada syifa, syafakillah ya ukhti.. n selamat berdaurah ^_^
semoga kita semua dilindungi daripada H1N1
semoga kita semua diredhai Allah selalu

5 comments:

Nur Hamimmi said...

salam..aishh sempat lagi kakak kite neh..hehe!!!nanti balik sini elok2 naaa... aish, fesyen baju macam kenal... wink2!!!hehe...insyaAllah Ghuraba' bukan sebarang Ghuraba'... okay...moga dalam redha Allah selalu... take care...salam

iman said...

salam rindu utk rusna :)

sempat ke ye nak jumpe kat mesia? huuu

rusnarusli said...

salam,

mimmi > yep.. mmg terasa ke'ghuraba'kan.. tp saudara kita di palestin sana.. lg la terasing di bumi sendiri.. huhu
Allahumansuril islam wal muslimin
[Allah, bantulah islam dan kaum muslimin]

iman > x sure la iman.. huhu

zainabibrahim said...

waaa,
rusnaaa!!!
semoga happy kat msia..
:)

rusnarusli said...

salam, zainab ^_^
dah nak balik nih..
insya Allah