16 April 2009

syukur (^_^)

bismillahirrahmanirrahim~

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah

telah selesai test biochemistry hari ni dan keputusannya pun sudah pun diemailkan. rasa bersyukur sangat sbb dah lepas. kalau nak diikutkan usaha, memanglah tidak layak untuk saya mendapat keputusan seperti ini. namun, saya selalu ingatkan diri ini untuk bersyukur, insya Allah. kalau kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan, Allah pasti akan menambah rezeki kepada kita, seperti dalam surah ibrahim, ayat 7 :

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azabku sangat berat"." 14 :7

banyak kelebihan menjadi orang yang bersyukur ni. mereka tahu, faham dan sedar bahawa semua nikmat yang diberikan datangnya daripada Allah. bukan dan bukan dan bukan dari usaha mereka sendiri. kita hanya boleh berusaha tetapi pengakhirannya ditetapkan oleh Allah.

saya teringat satu kisah ni. tempatnya di surau blok e kolej mara banting. waktu tu dah nak dekat final exam ib. ukhuwah pada waktu itu sangatlah indah [semoga ukhuwah ini membawa ke jannah].

seorang ukhti menyatakan pendapatnya.. lebih kurang macam ni la, kalau Allah memang nak berikan sesuatu kejayaan kepada kita, macam-macam buleh berlaku... contohnya kalo jawapannya 5 tetapi kita tulis -5, Allah buleh je bagi pemeriksa tidak nampak tanda negative (-) tu.. hebatkan Allah!

oleh itu, kita perlulah meletakkan sepenuh-penuh pengharapan kepada Allah. seperti mana dalam surah al-fatihah yang selalu kita kumat-kamitkan dalam solat setiap hari,

"hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" 1:5

takutlah juga sebab kadang-kadang kita terleka sewaktu belajar kerana kita sangka usaha kita sahaja sudah cukup untuk menentukan keputusan peperiksaan. orang yang merasakan dirinya serba cukup ini disebutkan dalam al-Quran sebagai orang yang melampaui batas. surah al-Alaq, ayat 6 dan 7

"sekali-kali tidak! Sungguh manusia itu benar-benar melampaui batas, apabila melihat dirinya serba cukup" 96 : 6 dan 7

moga-moga kita semua tidak termasuk dalam golongan yang melampaui batas. amin~

semoga bermanfaat (^_^)

"give thanks to Allah for what is and what was"

2 comments:

Anonymous said...

salam. mabruk!!

bestnya..doakan kite pulak tau rusna!

wanie
^_^

rusnarusli said...

salam, wanie.. iA ukhti.. rindu la kat wanie..