30 March 2016

Rumah Kita Di Syurga

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Putrajaya adalah antara tempat yg kerap juga kami lawati di hujung minggu untuk bersiar-siar. Iyalah, kerja sebagai seorang HO, yang terperuk for long-hours di hospital amat memerlukan jalan-jalan untuk menenangkan diri. Hehe..

Ada banyak taman-taman cantik, rumah-rumah besar untuk mencuci mata kata orang.

Sewaktu melalui rumah-rumah agam milik kerajaan untuk tetamu kehormat, rasa kagum dgn struktur rumah tersebut, cantek, pelbagai design, lalu terkeluar dr mulut saya, kurang lebih begini, "canteknya rumah ni, besar, bila lah kita nak ada rumah mcm ni", sambil mata melihat-lihat rumah tersebut

Suami yg memandu menjawab dgn lembutnya, "Ayang, rumah kita di syurga"

*nanges*

Aku terdiam.. terkedu, ahh, panjangnya angan-angan duniawiku. lantas berkata insya Allah. amin.

Benar kata suamiku, rumah besar, cantik kita di syurga. Benar. Mengapa aku ingin rumah besar-besar di dunia ini? Aku bertanya kepada sang hati yg terasa amat sarat dgn duniawi.. panjang angan-angannya *nanges*

Jzkk suamiku.. *speechless* Jzkk kerana membetulkan kompas hidupku..

Terima kasih Allah, Kurniakanlah kami rumah-rumah di syurga yg semestinya cantek dan besar yg tiada tandingannya di dunia.. amin

Insya Allah i will remember this moment forever...

*nanges*

No comments: