10 June 2013

Saya nak sangat jadi AJK Masjid boleh tak?!!

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Tak pernah terfikir pasal benda yang bakal saya tulis di bawah ini.

Mengapa orang nak sangat jadi AJK Masjid, nak masuliyat (tanggungjawab) yang tinggi dalam organisasi Islam, nak berada di tahap tarbiyah yang tinggi?
Walhal mereka tak akan mendapat rumah besar, kereta besar, lulus exam atau apa-apa benda dunia pun kan.
Bahkan benda-benda ini akan menambahkan tanggungjawab yang telah sedia ada, masa berharga akan makin berkurang, tenaga juga akan diserap oleh kerja-kerja extra tersebut.

Pelik.. Manusia memang pelik.

Tetapi benda pelik ini bukanlah sesuatu yang aneh kawan-kawan, kerana... lama dahulu, perangai ini telah dimulakan oleh suatu makhluk.

Masih ingat kisah Nabi Adam alaihissalam dan Iblis. Kisahnya bermula di sini sebenarnya. Besar sungguh pengajaran.. Bila reflesi, semakin lama, semakin banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, Alhamdulillah.

Allah hendak menjadikan Nabi Adam a.s sebagai khalifah di bumi. Okay, Jum kita fikir sejenak.. dengan menjadi khalifah, apa yang  Nabi Adam a.s akan dapat di dunia? Rumah besar? Pakaian best? Makanan lazat? Hurmm.. tak pun kan.. Nabi Adam a.s diturunkan di bumi dalam keadaan sehelai sepinggang. Literally, sehelai pun tak, Nabi Adam a.s & Hawa menutup badan mereka dengan daun sahaja kan. Tetapi ketika itu mereka ditaklifkan untuk menjadi khalifah which is suatu tanggungjawab yang sangat besar! Ganjarannya bukanlah rumah, perhiasan, baju baru etc.. Bukan material! Bukan Dunia!

Tetapi, Iblis sangat cemburu dengan masuliyat yang Allah Berikan kepada Nabi Adam a.s. Hatinya kotor gelap, jijik.. euww.. tak suka Nabi Adam a.s mendapat pangkat khalifah Allah di bumi. Tak suka Nabi Adam a.s dapat tanggungjawab dalam agama Allah! Iblis irihati. Iblis cemburu terhadap Nabi Adam a.s yang bakal mendapat tanggungjawab dalam agama walhal tanggungjawab itu tak membawa kepada keseronokan pun, malah kena Tanggung! dan kena Jawab depan Allah nanti kalau dilakukan dengan tidak baik!! Astaghfirullah.

Hati hitam.. tiada cahaya yang boleh masuk untuk memberikan pencerahan & kefahaman

Mahukah kita menuruti langkah makhluk tersebut? Nauzubillah. Beria-ia nakkan jawatan dalam organisasi. Beria-ia nak tanggungjawab. Apabila orang lain dilantik (dinaikkan) selepas bersyura.. mengapa masih ada suara-suara seperti..

"Aku tak rasa dia layak, aku lagi better"
"Aku rasa aku lagi pandai uruskan dakwah negara, kenapa bukan aku yang mendapat masuliyat itu?"
"Aku rasa aku tak patut berada di sini, tetapi kenapa aku masih di sini"
dan lain-lain..

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.. Marilah berstighfar. Marilah Memohon ampunan dari Allah.

Satu perkara ialah berkenaan bisikan sang iblis.
Iblis tengah mencenderungkan hati supaya megikut jejak langkahnya, jika dialog-dialog di atas bermain dalam fikiran kita. Nauzubillah.
Iblis memang dah tetap tempatnya dalam an-Nar, mahu tak mahu memang dia akan ke sana.
Yang belum tahu pengakhirannya ialah kita. Jadi Iblis cuba nak tarik kita agar mendapat azab yang sama sepertinya.



Satu perkara lain ialah, kita tak boleh meminta jawatan. Dalam sirah pun sama, diceritakan ketika Abu Zar meminta jawatan dari Rasulullah saw, Rasulullah saw tidak mengizinkan. Jadi, jawatan, kedudukan itu tidak diminta.. tetapi diberikan setelah bersyura =) Tetapi ada juga keadaan di mana jawatan tersebut boleh diminta.. contohnya bila tiada orang yang layak selain kita untuk mengambil tempat tersebut, maka bolehlah kita meminta jawatan itu.

'Ala kulli hal the main point is : Tanggungjawab dalam agama itu tidak diminta, ia akan datang bilamana Allah rasa kita perlukannya, layak menanggungnya. Tetapi hati-hati, jangan sampai menjadi pasif, tidak proaktif pula taw! =) hihi.

Thank You Allah. A new kefahaman for me.
Jzkk Brother Nouman Ali atas pencerahan.
Hanya merephrase ayat Brother Nouman =) & tambah sikit-sikit. hihu
Moga bermanfaat.

No comments: