23 November 2012

keakhawatan "euuw"

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Dulu kan, saya rasa macam poyo aje nak belajar tentang keakhawatan.
saya rasa keakhawatan itu kurang penting dan boleh dilakukan nanti-nanti
huhu.. boleh tak? ;'(

ntahlah, mungkin time semangat-semangat tu, kita nampak nak jadi qowiyyy aje. betul tak? nak jadi seperti sahabat-sahabat yang lelaki. :)
tapi, janganlah lupa yang kita ini perempuan, ada tangungjawab yang berbeza dalam beberapa aspek dalam kehidupan.

ada akhawat yang kata,

"saya tak nampaklah kebaikan baitul muslim untuk dakwah di tempat saya"
aitt.. boleh pulak macam tu ukhtie.. bukankah maratib amal itu mindset kita? lupakah BM adalah tangga ke-2? kadang-kadang kita tak sedar, pemikiran kita tak selari dengan fikrah yang kita canang-canangkan. betul tak?

"kenapalah nak kena belajar keakhawatan pula? nanti-nantilah. sekarang kita kena tanamkan fikrah, itu lagi penting"
hurm.. mungkin keakhawatan itu dirasakan kecil dan tak penting kut? hehe.

dan sehinggalah semalam.. saya tersentak berkaitan keakhawatan ini. kerana saya adalah salah seorang yang rasa ciri keakhawatan ini poyo, boleh belajar nanti, sort of "inborn" (uh, faham ke? kiranya, kalau awak tak semulajadi lembut, susahlah nak jadi macam tu eventhough awak tahu yang tarbiyah akan ubah awak..tp still akan ada kekasaran dalam peribadi awak. huhu.. ni mcm cakap kat diri sendiri je -,- uitt... umar boleh turned 360 degree taw dengan tarbiyah)

kakak naqibah berkata,
mak cik-mak cik kata kita akhawat sekarang, kita banyak ditarbiyah oleh murabbi (murabbi lelaki), jadi kita ni kekurangan ciri keakhawatan

kakak naqibah bertanya :

berapa banyak akhawat yang akan bangun menjemput akhawat yang datang lambat usrah, di muka pintu?

berapa ramai akhawat yang bila ziarah rumah akhawat lain & bila dikatakan "eh, tak payahlah cuci pinggan tu".. tapi dia tetap buat? 
ke kita adalah golongan yang lega bila dengar tuan rumah cakap begitu, senyum & tinggalkan pinggan itu tidak bercuci?

adakah kita akan membantu mengambil anak akhawat kita ketika dia nak siap-siap amek wuduk?
(ini betul sangat, bila dah masuk waktu solat, orang lain dah ambil wuduk dan siap2 tunggu kat sejadah dengan amannya. tetapi, bagi akhawat yang bergelar ibu.. mereka kena letakkan anak dahulu, make sure anak tak menangis & baru siap2 nak wuduk. saya nampak agak susahlah. tapi mereka nampak sabar & cool sahaja. masya Allah! tp dalam hati, hanya Allah aje yang tahu. ummi-ummi ni memang stronglah!)

huhu ;( seriously, 2 contoh ini membuatkan saya berfikir. i think i'm not that considerate. dan saya rasa kena jadi lebih sensitif kut untuk benda-benda seperti ini. huhu. maafkan saye kakak2 yang dah ada anak. saya tak reti dengan budak-budak kecik sangat (2 tahun ke atas oklah, tapi kalau lebih muda.. kurang reti sikit ;( )


akhawat kena considerate & sensitive dgn persekitaran


dan semalam membuatkan saya rasa skill keakhawatan itu sangat penting..
penting untuk diri sendiri
dan penting untuk ukhuwwah

kerana ukhuwwah itulah benda paling terakhir yang mengikat kita, kata kakak naqibah.

sometimes (most of the times kut), point yang sama akan diulang, tetapi moment for that particular point to really hit / smack on your face & heart is soooo uncertain!
so, keep on menyampaikan ea, sebab kita tak tahu point mana yang akan memberikan kesan kepada pendengar.

saya rasa hati naqibah saya bersih, sebab point die sampai ke hati saya.
Thank you Allah ^__^

4 comments:

zainabibrahim said...

salam..
daebakkk.
tq 4 sharing..
:)

rusnarusli said...

wsalam zainab! :)

daebak tu ape? hehe, nway it sounds positive kan. hehe :)

Alhamdulillah, semua yg baik dari Allah.

nab2, teruskan menules plis!

Fathin Aina said...

salam kak rus,

sy pun antara yg rasa bab keakhawatan tu x pnting sgt...acane tu? huhuhu...

dgr soalan mak naqibah akak tu, tersentap ler jugak..hehe

yosh! mari menjadi akhawat! :)

rindu, lama x jumpa :(

rusnarusli said...

salam wrt wbt

aina!! hehe. mari menjadi akhawat yg sebenarnya insya Allah <3