24 July 2012

Tarbiyah baru katanya..

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Sudah hampir sebulan saya berada di Malaysia. Cepat sungguh masa berlalu.
Tahun hadapan ialah tahun terakhirku berada di bekas negara komunis, Czech Republic insya Allah. Sedih mengenangkan kurangnya kesan amal dakwah yang bakal ditinggalkan. Apa-apa pun, teruskan usaha. Tugasmu tak lain tak bukan hanyalah menyampaikan. Yup.. keep on inviting people to Islam. ^__^




Seperti tajuk di atas, "tarbiyah baru katanya.." Tahun ini tarbiyah di Malaysia sangat berbeza buat diriku. Hmm.. "Tahun ini tahun sakit", kata ayah. Hehe.. aku tertawa kecil mendengarnya dan hatiku membenarkannya. Masakan tidak, tahun ini ayah, wa yah, tok, kak cik ani semuanya sakit. Masuk ward. Hehe.. tahun2 sebelum ini semuanya sihat walafiat. Alhamdulillah Doakan wa yah saya yang masih lagi koma di hospital sekarang. 

As for ayah, Alhamdulillah, ayah beransur pulih. He is getting better day by day. Makan pun dah banyak ^_^ Hari ini makan nasik dengan kerabu tembikai sampai habis kerabu mak tak sempat makan. Hehe.. saya no hal, sebab tak makan pun kerabu tu ^_^. Syukur.. syukur.

Menjaga orang sakit sememangnya tarbiyah yang baru buat saya. Berdebar-debar juga bila nak balik rumah hari tu, tapi Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Awal-awal tu tak reti sangat, tapi lama-lama tu bolehlah sikit-sikit, walaupun pada hakikatnya, taklah menjaga pun. Hehe.. Mak yang banyak menjaga ^_^

Sememangnya, Allahlah murabbi yang paling hebat. Allah nak menjadikan kita daie yang versatile & matang. Diletakkan kita dalam pelbagai situasi so that kita dapat membina kemahiran luaran & dalaman (ruhiy) yang pelbagai. Ujian diberikan supaya kita tak stagnant di suatu tahap sahaja. Agar kita lebih up dari sebelumnya dan agar kita layak menjejakkan kaki ke dalam syurgaNya ^_^

Yelah, murabbi mana yang mahu ana mutarabbinya stagnant dan tak berkembang kan? Saya pun tak mahu.. dan saya yakin anda pun begitu juga kan *_^

Sentiasalah positif dengan Allah okay!~ He is the best Planner~

Apabila kamu berdoa untuk dimasukkan ke syurgaNya dan dijauhkan dari nerakaNya.. terimalah ujian-ujian pembersihan dan peng"up-grade"an hati yang bakal ditempuhi dengan tenangnya.

"Takpe, tarbiyah baru dari Allah", kata ukhtieku.

3 comments:

Fathin Aina said...

k.rusnaaaaaa

moga Allah sembuhkan keluarga akak..:)

~hugggssss~

p/s: jumpa nnt insyaAllah~!

rusnarusli said...

Salam wrt wbt

Aina :)
Amin.. Jazakillahu khair atas doanya~

insya Allah 3x kite jumpe nanti kay~ Doakan!

hugssssss

sabrina said...

kak rusna :))) lame sangat tak jmpe akak, hugss jugak,, kak fathin aina jgk, blogspot ni tak secanggih fb, nak tag tag hihi,,