06 March 2012

The Secrets Behind 107

Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum wrt wbt






Secrets behind 107 ?? - kalau secret asal nak kena post kat blog? apa daaa..
Hey you, daie kena sampaikan! bukan simpan ilmu sampai jadi busuk..
(-,-)


Semalam usrah.
Sesak juga dada nak menyampaikan.
Ketika tengah menyediakan bahan usrah, rasa seperti..
"taknak lah bagi yang ini, takut.." kerana hatiku bergetar-getar bila membaca tafsirnya
tetapi hatiku semenjak beberapa hari sebelum usrah kuat mengatakan, usrah nanti sampaikanlah tafsir, sampaikanlah.
rasa rindu nak membaca tafsir. alhamdulillah. dan tafsir minggu ini ialah Al-Ma'un (surah ke-107)


Al-Ma'un
Tafsir surah ini sangat menggegarkan jiwaku. Aku harap mereka yang mendengarnya dariku juga mempunyai rasa yang sama. Kalau tak rasa apa-apa, maaflah mungkin dosa yang berkarat dalam hatiku menjadi puncanya. T,T


Tafsir ini nampak sangat simple, hanya 7 ayat & ayatnya pula direct to the point!


Habes tu apa yang hang kata bergegar hati jantung semua tu?, tanya mellow (watak jadian! ^^)


Mellow, sabaq la ceq!
(1) Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama?

(2) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim

(3) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

(4)maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang;

(5) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya

(6) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak
 
(7) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan

Allah tanya pada awal surah.. Kamu tahu tak orang-orang yang mendustakan agama? Kalau kita kat zaman Nabi s.a.w time tu.. mesti kita pun tertanya-tanya. Haaa.. janganlah bayangkan yang sahabat-sahabat ada quran macam kita. Mereka even tak tahu pun apa next ayat kepada ayat pertama itu, sebab time tu for the first time ayat ini diperdengarkan kepada umat manusia. (bestnye menjadi telinga yang first diperdengarkan ayat quran kan! masya Allah!) you know, it's like satu perutusan yang semua orang pun tertunggu2.. Alaa.. mungkin bole imagine macam kita tertunggu-tunggu pemakluman Hari Raya Aidilfitri tuh. berdebar-debar (dengan harapan esok raya! kantoi!! ^^ hehehe..)

Bila kita dengar perkataan "Mendustakan agama" mesti dalam pikiran kita terpikir benda-benda besar kan.. ya lah.. orang yang mendustakan agama mestilah buat dosa-dosa : syirik kepada Allah, tak mengaku Rasulullah, tak percaya qada' qadar etc.. tetapi.. surprisingly! ayat ke-2 Allah kata.. Haaa.. orang yang mendustakan agama ni orang yang : menindas anak yatim, tak mahu bagi makan kepada orang miskin.. tskk.. tskk..

Betul ke apa yang aku dengar ni?? tanya Mellow (*,*)
That's rite mellow.. tu lah kan mellow.. kita ni selalu ingat kita dah perfect sebab kita solat 5 kali sehari berjemaah, makan dalam talam time progrem, infaq duit everymonth > ish2 geng manalah ni ye? (main2 je..) tetapi kadang-kadang kita lalai ttg hubungan kita dengan manusia. itulah point yang ditekankan dalam surah ni.

Islam deen yang syumul. menekankan tentang hubungan dengan Allah & hubungan sesama manusia.
jangan lupa ya daie2 di luar sana! 

Hey, aku pun daieyah gak, kata Mellow (T,T)
ye Mellow, same goes to you and me!~ we are khalifah kan Mellow.

itu first part..

CELAKA & SOLAT
Mellow : tahu dah ni musti konten ayat 4-7 kan? tahu dah! (^,^)
ye Mellow, betul tu! 100 markah!
Mellow : yeay! astaghfirullah, alhamdulillah
Mellow ni kacau lah..

Tentang celaka pula, Ikrimah berkata kalau kita ada 3 benda ni, kita akan tergolong dalam orang yang celaka (berdasarkan ayat ni) iaitu : orang yang lalai terhadap solatnya, riak & orang yang tak mahu memberi pertolongan. 
siriesly aku sangat takut dengan ayat 4-7 nih. sebab penurunan (asbabun nuzul) surah ini adalah teguran orang-orang munafiq yang mempunyai 3 ciri tersebut. wuwuwu!
Mellow : (-,-), kenapa yeh orang munafiq ni ketegaq sangat?

Mellow nak tahu tak orang-orang munafiq (pada zaman Nabi s.a.w) ni, mereka ni stable dari segi harta, pangkat, keluarga, pekerjaan etc.. jadi mereka tidak mahu membantu orang lain, solat pun untuk tunjuk kepada orang lain aje. mereka rasa diri mereka dah cukup kerana kehidupan mereka sangatlah selesa! sebab tulah lari dari medan perang pun mereka tak kisah dah, mereka tak gentar dengan janji azab Allah sebab mereka rasa selesa. wuwuwu.. 

These are the facts yang menggugah jiwa aku! munafiq-stable-selesa- tak mahu beri bantuan
Siriesly rasa takut sebab rasanya kehidupan students kat ober the sea ni sangatlah selesa (kadang2 tu boleh guna perkataan mewah kut! kan Mellow), takde pape yang perlu dirisaukan selain studylah kan!

Please, get out from ypu comfort zone! solat dengan properly di awal waktu, Give help..


Mellow : let's tadabbur this video. Banyak saya belajaq dari vid ni. Jzzk Abdullah (in this vid), Thank YOU Allah

Ya Allah, aku harap aku langsung-langsung tidak termasuk dalam golongan ini.
Hindarilah aku dari menjadi golongan ini.. 
Banyak nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, semoga aku menggunakannya dengan terbaik
Amin ya Rabbal 'Alamin..


Secrects ni yang saya rasa dalam hati, ttp saya tahu beribu-ribu lemon lagi rahsia d sebaliknya! (^,^)
Jom keep on hunting for them!
Lillah, lillah, lillah.. said Mellow
Jzkk Mellow~

No comments: