22 January 2012

cool!~

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

Hari tu sempat tengok video talk Imam Suhaib Webb [ISW]. Ketika itu dia menjawab tentang Illuminaty. Rasanya semua dah awarekan dengan istilah illuminaty, free mason, the arrival etc..

Ada yang bertanya pendapat Imam Suhaib Webb tentang perkara itu. ISW menjawab bersahaja malah teguh sekali jawapannya. Lebih kurang beginilah responsnya :

Kenapa kita nak takut dengan illuminaty. inilah masalah kita, kita even tidak boleh influence anak-anak kita, yang kita salahkan ialah yahudi. *semua pendengar tergelak-gelak*
Biarlah free mason nak buat apa pun, kenapa kita nak takut & sebarkan ketakutan itu?
Rasulullah dulu tak pernah sebarkan dakwah dengan menakutkan orang terhadap pihak kafir.Tetapi Rasulullah itu teguh aje menyebarkan dakwahnya!

*cool sungguh!*

pernah dengar juga 1 talk ini :

kenapa kita nak takut sangat orang kata apa-apa tentang kita. kita buatlah kerja kita. walaupun orang kutuk-kutuk cara kita, in the end kalau orang ynag mendengar kutukan itu lihat kita & ternyata kita tidak seperti kutukan itu, pasti kutukan itu akan gugur dari kita.
samalah seperti Rasulullah. walaupun orang kutuk-kutuk baginda kata baginda gila, ahli sihir etc.. tetapi in the end, orang-orang yang pada awalnya termakan dengan kutukan, cair lihat akhlak Nabi, teguhnya peribadi Nabi.
Jangan takut! Buat shj kerja kamu kerana Allah.

*cool lagi!*

Betul tu, kenapa kita risau sangat dengan apa yang orang kata? sekiranya kamu betul, kebenaranmu itu akan terpancar! ingat tak pancaran bola besi. [sila ingat kembali konsepnye yee.. kuatkan dalaman kamu, nescaya kebaikan lain mudah melekat! insya Allah . amin..]

keep on berusaha kerana Allah. jangan takut dengan propaganda! itu hanya melemahkan peribadi mereka sendiri!

^___^

No comments: