31 October 2011

Puasalah Pada Hari Yg Amat Panas

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

[summer 2011]

sekarang siang mulai panjang. semakin lama semakin panjang. waktu subuh seawal 3.30 pagi. maghrib pula selewat 8.45 malam. waktu isyak? isyak pula pukul 10.15 malam. selalunya, selepas solat isyak tu, semua jemaah bertebaran di atas katil masing-masing. kadang-kadang terus dgn telekung yg belum dibuka. sabar je lahh..

dan puasa ketika waktu ini sememangnya menguji jiwa. ditambah pula, mutabaah amal menuntut untuk berpuasa at least 3 kali sebulan. tiba-tiba teringat ketika pertama kali mutabaah amal nak di'set-up'kan.

"antunna nak puasa berapa kali sebulan?" tanya naqibahku dgn lembut dan ceria!. rindunyaaa..
"2 , 2" jawab beberapa orang dgn bersemangat, mungkin termasuk diriku rasanya.. hehe.. mestilah semangat nak set mutabaah amal yg baru! ^^
"3 lah, 3. aku pernah baca hadis ni cakap, kalau kita puasa 3 kali sebulan sama dgn puasa setahun", hujah sahabat yg aku kasihi. kagum! dia bijak membuat keputusan. bijak memilih amal sahih yg menjanjikan pahala yg berlipat kali ganda wpun amalnya tampak biasa shj!

(hadis ini ada dlm kitab riyadussolihin - dah check insya Allah, hadis panjang yg sahih insya Allah. share lain kali ye insya Allah!)
sambung cerita..

"ok ok.. 3 kali sebulan.." semua bersetuju.

pernah di musim summer yg lepas, ada yg meminta.
"kak, boleh tak time summer ni kita kurangkan puasa jadi 2 kali saja. tak larat la.. summer je.. nanti winter kita up balik la.." rasa geli hati apabila teringat moment tersebut. nego2  MA dgn naqibah.
"oklah" jawab kakak naqibah lantas dibalas dgn senyuman dari kami semua.

dannn..

summer dtg lagi. aku merasakan perkara yg sama. panjangnyaa siang ni. kugagahkan jua untuk berpuasa alhamdulillah. sehinggalah minggu lepas. setiap kali nak berpuasa, hati akan berperang. watak hitam dan puith hati saling berdialog..

hitam : kalau kau puasa, nanti penat nak study.. ada exam byk kan..
putih : MA kena jaga.. kuat2.. bukan rasa pun puasa tu, kejap je.. perasaan kau je lebih.
hitam : alahh.. puasa la khamis nanti. isnin ni makan dulu.
putih : puasa isnin. kita tak tau apa akan jadi hari khamis nanti.
hitam : ala.. nanti susah bangun sahur sbb isyak lambat, subuh awal. hospital kau jauh..penat tau
putih : alah.. kau kat hospital tgok surgery je.. bukan masuk kelas pun. puasa xde effect la! niat2! cepat!

hati selalu berdebar2  bila terfikir ikhlaskah aku melakukan MA untuk berpuasa ketika musim panas ni...
penat juga berperang dengan nafsu.
dan sesungguhnya.. aku tahu yg aku harus bertegas dengan nafsuku sendiri.
agar nafsuku tunduk kpd Allah.. tunduk kepada Penciptanya..

sehingga semalam..
aku membaca buku Bahtera Penyelamat ditulis oleh Fathi Yakan. aku terdetik untuk membaca daripada kulitnya,  isi kandungan, kata pengantar, kerana sebelum ini.. aku hanya membaca sebahagian kecil sahaja tanpa mengetahui overview buku ini. mata aku terberhenti seketika ketika membaca mukadimmah buku ini.. hatiku tersentak apabila hatiku melihat ayat di ini :

KETIGA : Menghuraikan bekalan yang harus ada pada penyeru ke jalan Allah swt untuk menuju hari pembalasan. bekalan-bekalan tersebut dinyatakan oleh Rasulullah saw dgn sabdanya :
1.puasalah pada hari yg amat panas demi hari kebangkitan kelak
2. sembahyang 2 rakaat di malam yg gelap demi kelengangan kubur
3. Tunaikanlah haji demi kegigihan melaksanakan hal-hal yang sukar
4. Bertuturlah dgn perkataan yg benar dan kuasailah diri dari memperkatakan yang batil
5. hulurkanlah sedekah dan tunaikan secara senyap-senyap
DUSSSHHHHH!!!!!!! 100000000000X kat muka, kepala, hati!!!

aku dapat merasakan yang Allah menegurku.
kenapa nak manja sangat ni? bukankah kau itu daie?
tundukkanlah nafsumu!!

ya Allah, kuatkanlah aku.
hapuskanlah gelora-gelora yang diapi-apikan oleh syaitan.
siramilah hatiku dengan jirusan iman.
semoga aku kembali kepada-Mu dalam keadaan yang bersih hatinya.

Terima Kasih Allah.
Kau selalu menarikku kembali apabila aku menghampiri jurang-jurang yang merbahaya.
sujud syurku hanya pada-Mu ya Allah..

No comments: