12 September 2011

hutaan

bismillahirrahmanirrahim~
assalamualaikum wrt wbt

dah lama tak masuk hutan jungle trekking malam-malam. kali terakhir rasanya ketika di kem Gardenia PLKN. nama kem saya memang nama roti. tak tahulah kenapa.

okay, minggu lepas, saya berpeluang masuk hutan lagi sekali. kali ini bukan sebagai peserta tetapi sebagai penjaga check-point. apa tandanya tu? hihi.. maksudnya umur dah meningkat, jadi kenalah menjadi penjaga checkpoint kepada adik-adik peserta. hihi..

bila berada di check point, kenalah duduk diam-diam agar orang tak nampak kita kan. hehe.. nanti kalau diorang nampak, diorang tahu yang mereka tak tersesat. hehehe.. (main-main saja). jadi saya pun duduklah dengan diamnya bersama sahabat saya. sambil-sambil itu saya mendongak ke atas & meraba-raba ke tanah. takut-takut ada serangga lembik. saya sangat-sangat geli dengan benda lembik2, tetapi gagahkan juga diri untuk berani demi adek2 peserta tersayang. ceewah!

apabila melihat ke atas, yang ternampak hanyalah batang-batang pokok yang tinggi menjulang ke langit. sekali sekali terdengar daun-daun kering yang gugur bertemu tanah.

banyaknya daun-daun yang gugur. tingginya pokok-pokok ini. besarnya bukit ini. luasnya langit di atas sana.
itulah perasaan saya ketika itu.
ya Allah, mereka semuanya lebih besar berbanding aku. kalau mereka menghempap aku, mesti aku mati. betapa lemahnya aku. tetapi ya Allah, Engkau memilih aku yang kerdil ini untuk menjadi khalifah di muka bumi. malunya aku. sungguh, aku rasa sangat kerdil.

time itu kan, rasa macam nak menangis pun ada tau. T,T sebab dengan Islam, kita yang tiada apa2 ini Allah angkat menjadi khalifahNya di muka bumi. suatu darjat yang sangat hebat.

to myself : it's good to tadabbur alam that way. alhamdulillah. but, ACTION must be taken! always.. jangan menangis je lebih tapi tindakannya tiada cause our tarbiyah teaches us to ACT!

No comments: